in

“Cerita sama…” – Anak Dedah Kematian Bapa Di Gunung Tahan Seakan Sama Dengan Kematian Mustaqqeem

syaz ft 2025 10 24T164256.981

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah insiden pendaki yang meninggal dunia baru-baru ini, Mustaqqeem Mansor, nyata menyentuh hati ramai, termasuk seorang pengguna Threads, @rajaayman, yang pernah melalui pengalaman hampir sama tiga tahun lalu.

Dalam perkongsiannya, dia menceritakan bagaimana bapanya, Raja Azlan Shah, meninggal dunia ketika mendaki Gunung Tahan pada tahun 2022 selepas dikatakan ditinggalkan rakan-rakan pendaki ketika berada dalam keadaan lemah.


“Ayah saya pergi mendaki bersama kawan-kawan, dan bila dia kata dia rasa tak sihat, mereka tinggalkan dia.

Keluarga pendaki lain diberitahu ada seseorang rebah, tapi ibu saya langsung tak dimaklumkan. Tiada siapa pun yang hubungi untuk minta bantuan.

Kami hanya tahu yang rebah itu ayah saya selepas dia meninggal dunia. Ibu saya sendiri yang terpaksa hubungi helikopter untuk bawa jenazahnya turun. Mereka pun tak datang ke kubur,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, dia turut berkongsi foto arwah ayahnya ketika ekspedisi itu dari hari pertama pendakian hingga saat-saat akhir sebelum tragedi berlaku.

567624708 17863200849497213 2669367086881560894 n

“Mereka beritahu saya, ‘keadaan dia okay.’ Ekspedisi itu sepatutnya 4 hari 3 malam, tapi dilanjutkan jadi 5 hari 4 malam sebab keadaan ayah saya.

Dia dah tak boleh makan sejak hari kedua, cirit-birit dan muntah, tapi perbincangan untuk minta bantuan cuma dibuat pada hari keempat dan tak ada siapa pun yang benar-benar hubungi bantuan,” tulisnya lagi.

Menurutnya, apabila melihat kejadian Mustaqqeem yang dikatakan turut ditinggalkan ketika dalam keadaan tidak sihat di Gunung Liang, ia seakan membuka luka lama yang belum sembuh.

“Bila tengok hal ini berlaku semula, di mana seorang isteri hanya tahu perkara sebenar bila semuanya sudah terlambat, saya rasa macam kisah lama ayah saya berulang balik.

Bezanya cuma dari sudut pandang lain. Gunung tu tak ke mana pun, kenapa tak bawa saja turun kepada keluarga?” luahnya.

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan peranan malim gunung (pemandu pendakian) yang sepatutnya berperanan sebagai penyelamat atau pengiring profesional ketika kecemasan.

Luahan itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang turut mempersoalkan protokol keselamatan semasa aktiviti pendakian.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.