in

“Ceraikan isteri, penunggang agama. Disyaki rogol, jgn fitnah” – PU Abu Minta Netizen Jangan ‘Double Standard’?

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas seorang gadis mendakwa seorang pendakwah muda, Da’i Syed telah merogolnya pada September tahun lalu.


Ekoran dari dakwaan ini, Da’i Syed telah pun membuat laporan polis manakala tadi, Da’i Syed telah pun direman lima hari bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Screenshot 2020 11 27 At 5.46.20 Pm

Isu ini telah pun mendapat perhatian beberapa selebriti dan pendakwah termasuk PU Abu yang turut meluahkan pendapatnya di Instagram peribadi.

Dalam perkongsiannya di IG story, PU Abu komen tentang sikap netizen yang memanggilnya penunggang agama kerana ceraikan isteri tapi bila disyaki rogol, netizen minta orang ramai untuk jangan fitnah dan tunggu keputusan mahkamah.

Screenshot 2020 11 27 At 5.46.39 Pm

Netizen be like: Ceraikan isteri,penunggang agama! Disyaki rogol,jgn fitnah tunggu mahkamah! Aku…”

PU Abu meneruskan dengan penerangannya mengenai isu ini. Menurutnya, kita tak boleh nak ambil kerja tuhan dengan menghukum orang.

Pengajarannya, semua benda kita kena adil, jangan jump into conclusion. Jangan ambil kerja tuhan. Kita baik bukan sebab baik tapi sebab Allah tutup aib. Masalah kita adalah suka menghukum orang secara double standard. Better tak payah ulas isu orang, semua orang sama je. Moga Allah mudahkan setiap dari hambanya yang diuji.

PU Abu mengambil contoh isu yang melibatkan rumahtangganya sebelum ini selepas dia banyak dikecam kerana menceraikan isterinya namun bila isu Da’i Syed tersebar, netizen ramai memilih untuk husnuzon.

Padanya lagi, lebih baik semua orang berdiam diri dan tak masuk campur dengan masalah orang lain tak kisah besar mana atau kecil mana pun masalah tersebut.

Screenshot 2020 11 27 At 4.40.16 Pm

 

Baca: “Kita juga ada aib yang Allah simpan” -PU Syed Minta Netizen Jangan Selongkar Kisah ‘Tertutup’ Da’i Syed

Screenshot 2020 11 27 At 5.52.09 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.