in

CEO Batu Kini Hidup Sederhana, Meniaga Di ‘Kiosk’ Makanan Ringan

syaz ft 2025 12 09T110535.840

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di TikTok, tular perkembangan terbaru mengenai pempengaruh, CEO Batu, yang sebelum ini berdepan kontroversi melibatkan kes amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada Jun lalu.

Menerusi perkongsian oleh @muhammadakid17, kelihatan CEO Batu, atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Muhamad Nor, kini menjalani kehidupan lebih sederhana dengan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan.


Menurut pempengaruh berusia 22 tahun itu, hidupnya menjadi lebih tenang selepas memilih untuk tidak lagi aktif di media sosial.

Artikel berkaitan: Polis Tahan CEO Batu, Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja Bawah Umur

Artikel berkaitan: “Gambar tu sepatutnya saya crop” –  Pempengaruh Rayu Mahu Jumpa Ibu Mangsa, Hantar Foto Tak Senonoh Pada Budak 14 Tahun

@muhammadakid17

Semua manusia buat silap… mari support dia niaga geng.. #ceobatu #fyp

♬ original sound – AJ Productions.kk – AJ Productions.kk

“Saya ada saja sedang berniaga. Hidup tenang sikit sekarang ini, tiada media sosial,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, yang rata-ratanya bersimpati dengan perubahan hidup CEO Batu.

Terdahulu, CEO Batu dilaporkan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja bawah umur.

Dia turut menerima kritikan hebat selepas penyanyi dan pempengaruh Caprice mendedahkan beberapa mesej dipercayai berunsur lucah yang dihantar kepada remaja berkenaan.

CEO Batu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut sebelum mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada 10 dan 11 Julai lalu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.