in

CEO Astronomer Serah Surat Letak Jawatan Susulan Skandal Di Konsert Coldplay

7byron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi data, Andy Byron, meletakkan jawatan selepas rakaman aksinya memeluk seorang rakan sekerja wanita semasa konsert Coldplay menjadi tular di media sosial.

Insiden itu berlaku di Foxborough, Massachusetts, apabila pasangan tersebut dirakam kamera skrin gergasi sedang menari dan berpelukan sebelum tiba-tiba tunduk, dipercayai menyedari diri mereka sedang disorot.


Screenshot 2025 07 20 at 11.45.49 AM

Byron, yang dilaporkan sudah berkahwin, dikenal pasti bersama Kristin Cabot, Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat yang sama.

Memetik laporan BBC, Astronomer, mengesahkan bahawa lembaga pengarah telah menerima peletakan jawatan Byron, dan menyatakan komitmen mereka terhadap nilai integriti serta kepimpinan yang bertanggungjawab. CEO sementara kini digalas oleh Ketua Pegawai Produk syarikat sementara pencarian pengganti tetap diteruskan.

Screenshot 2025 07 20 at 11.45.37 AM

Video insiden berkenaan telah mencetuskan perbincangan hangat dalam talian, sekaligus mencemarkan reputasi syarikat dan mendorong tindakan segera daripada pihak pengurusan tertinggi.

 

Baca: Astronomer Nafi Wanita Dalam Skandal Di Konsert Coldplay Sebagai Alyssa Stoddard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.