Siapa sangka walaupun sudah bergelar CEO, Tony Fernandes sanggup turun padang untuk membantu krewnya di kapal terbang?
Melalui perkongsian video oleh Tony sendiri di laman Facebook, beliau dilihat berlagak seperti cleaner mengutip sampah sarap dari penumpang dalam kapal terbang miliknya.
Tony langsung tidak kelihatan kekok, malah menurutnya tujuan dia melakukan hal itu adalah untuk menghargai anak kapalnya yang sedang sibuk.
Audrey senyap-senyap merakam ini dan siarkannya. Saya sedang membantu krew yang sibuk di pesawat dan hari ini merupakan International Cabin Crew Day. Kepada semua krew kabin di seluruh dunia terutamanya krew kabin saya, terima kasih atas kerja keras anda dan membuat penerbangan begitu mengujakan.”
Gaya selamba Tony telah mendapat pelbagai komen positif dari netizen yang rata-rata sangat terinspirasi serta memuji sikap Tony yang sentiasa menunjukkan tauladan baik kepada pekerjanya.
Anda tak pernah gagal dalam membuat saya kagum dan terus menghormati anda. Andalah bos yang semua orang dambakan dalam organisasi mereka.”
Tony, tahniah kerana menjadi salah seorang CEO yang dihormati, sanggup turun padang untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pekerja.”
Andalah contoh yang sempurna untuk seorang bos yang baik dan bagaimana seorang bos patut bertindak.”
Tahniah Tony Fernandes! Semoga sikap terpuji anda sentiasa menjadi inspirasi buat semua.
Tonton video di bawah:
Baca: Kisah Inspirasi Gadis Berumur 21 Tahun Jadi Kapten Termuda LRT Dapat Kutukan Netizen