
Bak kata netizen Malaysia,’bawang’ Korea ni boleh tahan juga. Ia susulan dengan isu iklan jenama aiskrim popular yang di tarik balik ekoran dengan dakwaan imej seksual menggunakan model kanak-kanak berumur 11 tahun.
Mesej yang cuba disampaikan hanyalah ingin memperkenalkan menu baru, tanpa diduga iklan itu mendapat kecaman hebat oleh netizen dari Korea.
Celah mana nya – Netizen Malaysia
Dalam video tersebut model cilik Ella Gross memakai baju warna merah jambu sambil memperagakan menu aiskerim terbaru tu.
Menerusi laporan The Star semalam, iklan itu mendapat kecaman hebat daripada netizen di sana kerana warganet hentam berkenaan solekan dan pakaian yang digunakan itu membuatkan Ella nampak tua dan ada yang anggap gaya dan ekspresi mukanya menggambarkan seksualiti. Huh?!
Bukan itu sahaja gambar close-up di mulutnya tengah makan aiskrim tu merujuk kepada aksi ghairah. Mereka anggap aksi itu macam tak ada sensitiviti lebih-lebih lagi model tu budak-budak.
Ekoran dengan kecaman yang dikatakan memiliki unsur keghairahan tu, iklan tersebut telah ditarik balik dan syarikat aiskrim tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kami percaya dah tetapkan solekan khas untuk model dan pakaian kanak-kanak buat Gross, pakaian yang digunakan adalah dari salah satu jenama pakaian kanak-kanak” – Syarikat jenama aiskrim
Bahkan syarikat itu dan pihak produksi dah berbincang dengan ibu bapanya terhadap gambaran iklan tersebut.
Memandangkan ada ‘bawang Korea’ yang menyalahkan ibunya kerana memberi galakkan melakukan aksi yang mereka anggap ‘kotor’ tu, ibunya ada tampil memberikan respon melalui Instagram anaknya itu.
https://www.instagram.com/p/BzZk_Y4hYSx/?utm_source=ig_web_copy_link
‘Saya mahu mengambil sedikit masa untuk beri respon terhadap reaksi yang diterima oleh Ella kepada projek baru-baru ini yang dia bekerja dengan B**** R**** Korea. Saya sedih masyarakat Korea respon terhadap komersil ini. Apa yang dimaksudkan komersial itu adalah keseronokkan untuk rasa ais krim baru, tapi apa yang dilihat oleh mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan dan menjengkelkan. Seperti wanita lain, saya mempunyai banyak peranan dalam hidup saya. Bagaimanapun, sebagai ibu, saya adalah orang yang pertama dan paling utama. Ella adalah anak perempuan saya. Ia menyakitkan bila ada orang telah mengecamnya. Ella terus membesar dengan kepercayaan kuat kepada Tuhan dan saya berdoa dia akan menjadi contoh untuk gadis-gadis lain. Dia bijak, dia rendah diri, dan dia benar-benar seorang gadis yang hebat. Kepada mereka yang menentang komersial B****** R******, berhenti mengatakan bahawa anda melakukan ini “untuk Ella.” Dia dikelilingi oleh ramai wanita yang kuat dan sayanginya dengan sepenuh hati . Untuk peminat Ella, kawan dan keluarganya yang mencurahkan kasih kepada gadis manis kami, saya ingin mengucapkan terima kasih tulus dari hati saya. Saya sangat bersyukur kerana kamu semua! ~ Ibu Ella”
Berikutan dengan penularan isu ini di Twitter ramai yang pelik dan ‘tak boleh nak brain’ dengan sikap netizen di sana. Bagi mereka sikit pun tak ada imej seksualiti.
“Ingatkan Malaysia je kolot cara berfikir”
Entahlah, tang mana yang lucah pun admin tak tahu.
Baca : “Admin ni masuk air lah” – Iklan Kreatif Jawatan Kosong Di Econsave Buat Netizen Pecah Perut