Seorang penyokong Malaysia telah dikejarkan ke hospital kerana cedera akibat dipukul oleh penyokong fanatik Thailand selepas perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (Piala AMEC) antara Malaysia dan tuan rumah, Thailand.
Artikel berkaitan: Menyelam Cari Bola Golf Dalam Tasik, Pesara Tentera Jana Pendapatan RM8K Sebulan
Artikel berkaitan: “Hinaan mendoakan suami saya lumpuh itu melampau” – Eyra Hazali Kecewa Haziq Nadzli Dihina Susulan Kekalahan Harimau Malaya Kepada Thailand
Memetik laporan Astro Awani, penyokong Malaysia yang menjadi mangsa pukul oleh kumpulan Casual Thailand itu telah berjaya diselamatkan oleh penyokong Thailand yang lain.
Mangsa telah menjalani ujian imbasan di Hospital Smitivet akibat daripada hentakan yang dikenakan kepadanya.
Pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) berkata, kos rawatan dan bil hospital mangsa akan ditanggung oleh badan induk itu dan mangsa turut memaklumkan FAT keinginannya untuk meneruskan rawatan di Malaysia.
Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Piala AMEC itu, Thailand telah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57 sekaligus menewaskan pasukan pelawat, Malaysia dalam aksi di Stadium Rajamangala semalam.