in

“Cedera di badan, tangan & bahu” – Pakcik Baju Biru Jatuh Terlentang Maafkan Budak Tarik Kerusi

Pakcik Baju Biru Jatuh Terlentang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang jemaah jatuh terlentang gara-gara seorang budak menarik kerusi yang digunakannya ketika menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid.

Video terbabit meraih perhatian ramai yang bersimpati dengan nasib pakcik baju biru itu dan pada masa yang sama menasihati ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke masjid atau surau.


Susulan tular video itu, anak kepada pakcik baju biru menjelaskan beberapa perkara mengenai kejadian terbabit.

Artikel berkaitan: “Sakit jatuh macam tu” – Netizen Kesian Pakcik Jatuh Terduduk Lepas Budak Main Tarik Kerusi Masa Solat

@natok_amatuer

Hati2 ketika solat mggunakan bangku

♬ Ramadan Maher Zain Vocals Only – Imaad Rana

Pakcik baju biru alami kecederaan

Menurut anaknya menerusi sebuah hantaran di Facebook, bapanya mengalami kecederaan di badan, tangan dan bahu bengkak, selain tangannya juga tidak boleh diangkat.

Mujur, tiada kecederaan serius dan kesihatan bapanya beransur pulih untuk meneruskan ibadah seperti biasa.

“Bahunya bengkak, tangannya tidak boleh diangkat, tidak boleh makan dengan sempurna, juga mengalami demam dan muntah-muntah.

“Hasil pemeriksaan x-ray pada hari ini (Selasa), tiada kecederaan serius dilaporkan doktor,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kejadian tersebut berlaku pada waktu Isyak pada Ahad lalu dan kedudukan di antara kerusi dan bapanya berada di posisi mengikut hukum dan garis panduan syarak.

“Bapa masih boleh berdiri, cuma tidak boleh sujud dan duduk di antara dua sujud akibat masalah pada lututnya. Dia ada ilmunya.

“Kalau ada yang pertikaikan, sila mengaji semula bab ini. Malah, bapa juga tetap meneruskan solat walaupun selepas terjatuh,” jelasnya.

Screenshot 2024 03 13 142340

Bapa budak tarik kerusi minta maaf

Katanya lagi, bapanya tidak pernah berdendam atau marah walaupun bapa kanak-kanak itu telah datang meminta maaf kepadanya.

Pesannya, adalah lumrah jika kanak-kanak berkelakuan lasak dan mereka tidak boleh dipersalahkan.

Namun, setiap ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing kerana mereka sedia maklum dengan perangai anak-anak, terutama yang aktif dan sukar dikawal.

Semoga pakcik baju biru cepat sembuh.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.