Tular sebuah video di media sosial, rakaman seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik oleh penyanyi rap, Caprice, memaparkan kelibat seorang lelaki menceroboh masuk ke ruang solat wanita ketika jemaah sedang solat dan melarikan seorang kanak-kanak perempuan.
Menerusi perkongsian itu, difahamkan kejadian berlaku pada awal pagi tadi di Masjid Jamek Sungai Masin ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh.
Artikel berkaitan: “Bukan sekali, tapi banyak kali” – Imam Masjid Didakwa Rogol Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun
Artikel berkaitan: Wanita Terkejut Diintip Ustaz Masa Solat Jemaah Di Masjid, Dapat Surat Mahu Lamar Jadi Isteri Kedua
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kopiah berwarna putih, baju T kuning berbelang hitam dengan logo ‘1&1’ di bahagian hadapan, serta berseluar hitam.
Suspek dikatakan cuba melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa kanak-kanak terbabit di ruang lain dan telah melarikan diri.
Tindakan tidak bermoral tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di beberapa sudut di dalam masjid berkenaan.
Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.