in

Cayalah! Ini 5 Movie Lokal Yang Pernah Mewakili Malaysia Ke Anugerah Oscar

Cats2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, filem Tiger Stripes yang diarahkan oleh Amanda Nell Eu telah dilaporkan akan mewakili Malaysia ke anurgerah berprestij, Oscar untuk edisi ke-96 pada Mac tahun depan.

Kalau korang nak tahu, bukan filem itu je yang pernah bawa nama Malaysia ke persada dunia tau! Ada banyak lagi movie yang pernah menjadi wakil di aungerah itu. Jadi, biar ceritakan pada korang lima movie lokal yang pernah masuk Oscar.


1. Roh

Roh

Movie seram dan misteri ini merupakan filem sulung Emir Ezwan yang diterbitkan oleh Kuman Pictures. Roh yang ditayangkan pada 2020 telah dibarisi dengan pelakon yang power dan berpengalaman seperti Namron dan Farah Ahmad. Menariknya, cerita ni diilhamkan daripada filem klasik Jepun yang berjudul Onibaba.

Ia mengisahkan tentang kehadiran seorang kanak-kanak perempuan yang pelik ke dalam sebuah keluarga miskin yang menetap di hutan pada zaman dulu. Bukan tu je, budak perempuan tu dikatakan telah membawa ramalan ngeri kepada keluarga tu.

Dengan penceritaannya yang unik, ia mewakili Malaysia ke Oscar pada edisi ke-93 untuk kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa  pada April 2021. Tak cukup dengan tu, ia juga pernah memenangi anugerah tempatan seperti Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Artikel berkaitan: Michelle Yeoh Bawa Piala Oscar Ke Ipoh, Titip Penghargaan Buat Ibu & Mendiang Bapa

2. Prebet Sapu

Prebet Sapu A

Korang jangan ingat filem hitam putih ni adalah filem lama. Sebenarnya, Prebet Sapu telah ditayangkan pada Disember 2021 dan diarahkan oleh pengarah tempatan, Muzzamer Rahman. Walaupun filem ni guna bajet yang rendah, tapi ia tetap dipilih menjadi wakil pada Oscar 2022.

Sebabnya, ia menceritakan mengenai kehidupan seorang pemandu e-hailing yang buta warna di ibu kota Kuala Lumpur. Oleh kerana itulah, filem ni dibuat dengan warna hitam putih sebagai perspektif watak Aman kepada penonton. Unik kan?

Apa yang menariknya, setiap penumpang Aman yang dilakonkan oleh ramai artis Malaysia ini mempunyai pelbagai latar belakang yang juga membantu jalan penceritaan filem ini.

3. Bunohan

Bunoh

Bagi min, Bunohan ni memang layak pergi Oscar kerana ia dilakonkan oleh banyak nama terkenal dalam industri seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim. Ia merupakan arahan kedua Dain Said yang pernah terkenal dengan filem Dukun yang dibintangi Umie Aida.

Filem aksi ini mengisahkan tentang tiga beradik iaitu iaitu Adil, Ilham dan Bakar yang terasing sedang mencari ketenangan dan pengampunan sambil mengalami pengkhianatan yang tak henti-henti.

Selain memperoleh anugerah Filem Terbaik dan Cerita Asal Terbaikia juga telah dihantar ke Oscar pada edisi ke-85. Kalau korang nak layan movie ni, korang boleh buka je dekat Netflix.

Artikel berkaitan: “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020

4. Puteri Gunung Ledang

Pgl

Siapa lagi yang mampu mainkan watak Hang Tuah selain lakonan mantap dari M. Nasir dalam filem ni? Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah adaptasi daripada cerita lagenda Melayu yang memang dikenali orang ramai.

Pada siapa yang tak tahu, ia menceritakan kisah percintaan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang yang terpaksa hadapi pelbagai cabaran daripada orang terdekat. Walaupun ada banyak versi cerita namun, yang paling signifikan dalam lagenda ini ialah tujuh syarat puteri kepada Sultan Mahmud yang menguasai Melaka suatu ketika dahulu.

Disebabkan popularitinya, ia berjaya menduduki tempat ke-49 dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik pada anugerah Oscar tahun 2004.

5. Lelaki Harapan Dunia

Lelaki

Malaysia bukan power filem aksi dan seram je, malah kita juga hebat dengan filem komedi tau! Lelaki Harapan Dunia merupakan arahan Liew Seng Tat yang ditayangkan pada tahun 2014. Ia dibintangi pelakon veteran seperti, Azhan Rani, Wan Hanafi Su dan Jalil Hamid.

Jalan ceritanya agak menarik di mana, sekumpulan orang kampung sanggup membawa rumah kayu yang dikatakan berhantu atas bahu dorang dari tengah hutan ke kawasan bandar. Namun begitu, kedatangan seorang lelaki asing ke dalam rumah tu telah menimbulkan pelbagai konflik kepada penduduk kampung.

Disebabkan anugerah yang dicapai filem ni seperti Sinematografi dan Pengarah Terbaik, ia melayakkan movie ni menjadi wakil Malaysia ke Oscar pada edisi ke-88.

Sumber: YouTube, TVS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.