in

Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM Tegaskan Tiada Keberkesanan Guna Nano Mist Spray

Ft Nano Sanitizer Gun Tak Berkesan E1630467977843

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perasan sekarang ini, sanitizer atau alat nyah kuman kini tengah jadi trend, iaitu penyembur nano yang kini banyak dijual dengan harga murah.

Ianya digunakan sebagai alat keselamatan untuk mencegah virus. Bagaimanapun, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberitahu bahawa alat ini tidak berkesan bagi mengawal jangkitan virus.


 

Tidak berkesan

Menerusi sebuah forum kesihatan di Malaysia, doctoroncall.com.my, individu yang dipercayai seorang doktor telah menjelaskan bahawa Nano Mist Spray bukanlah alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Nano Sanitizer Gun Tak Berkesan

Laman rasmi MaHTAS turut bersetuju bahawa tidak ada bukti mengenai keberkesanan mahu pun keselamatan Nano-Silver Sanitizer Spray bagi mencegah penularan COVID-19, walaupun ia mengandungi nano silver yang merupakan bahan aktif dalam produk.

Selain itu, bukti yang mengatakan semburan ini berkesan juga terhad. Ia hanya berkesan untuk menyingkirkan biofilm Staphylococcus aureus dan Salmonella typhimurium dalam keadaan tidak klinikal.

Nano Sanitizer Gun Tak Berkesan 2

Oleh itu, keberkesanan, keselamatan dan keberkesanan kos Nano-Silver Sanitizer Spray dalam keadaan klinikal tidak dapat ditentukan.

Sebaliknya, doktor tersebut menyatakan bahawa bahan pencuci yang berkesan adalah hand sanitizer dan mengamalkan langkah-langkah seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.

Selain itu, elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci, jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19, elakkan daripada mengunjungi kawasan tumpuan ramai orang, mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, dan pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.

 

Baca : “Saya spray boleh tak?” – [VIDEO] Risau Punya Pasal, Lelaki Bawa Spray Gun Sanitizer Masa Nak Suntik Vaksin

Fi Gun Sanitizer

 

Sumber: Google Image
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.