Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam temph Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.
Peguam Syarie dari Tetuan Mohd Redzuan Ramli & Associates Mohd Firdaus Akhtar menyatakan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bekas suami boleh diambil oleh bekas isteri sebagai nafkah.
Artikel berkaitan: Penampilan Farid Kamil Pada Prosiding Cerai Tarik Perhatian, Siap Pakai Songkok Lilit Kain Putih
Artikel berkaitan: “Semua bil I tak pernah sentuh” – Neelofa Kongsi Cara Suami Beri Nafkah
Pun begitu, peguam Mohd Firdaus berkata ia hanya boleh dilakukan atas arahan Mahkamah Syariah.
“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan, antaranya boleh memerintahkan nafkah itu diambil kalau bekas suami ada caruman dalam KWSP.
Mahkamah boleh tarik daripada situ. Mahkamah kena sampaikan kepada KWSP,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Jika tiada KWSP, ada kaedah BSK. Kalau bekas suami yang lari dan hilang, jadi wanita ini perlukan nafkah untuk teruskan hidup, dia boleh mendapatkan daripada BSK.
Kaedah ini lebih kepada konsep bayaran balik. Ibaratnya, macam dia (BSK) bagi dulu, nanti dia (BSK) akan buat tuntutan semula. Mungkin dia akan ambil daripada KWSP bekas suami itu untuk cover balik wang berkenaan,” katanya.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Sumber: Harian Metro