Cari jodoh ni penat kan? Ya lah sebab jodoh bukannya datang dari langit…kena ada usaha. Tapi, kalau kita dah usaha pun masih tak jumpa-jumpa lagi tu memang boleh buat stress. Tambah-tambah lagi bila kena pressure dengan family. Letih sangat…
Jadi, cerita seorang lelaki berasal daripada London, United Kingdom ni confirm boleh buat korang relate dengan situasi lambat jumpa jodoh ni.
Mohammad Malik yang berusia 29 tahun ini bertindak untuk ‘mengiklankan’ diri dia dekat billboard di kawasan Birmingham, sebagai usaha nak cari calon isteri.
Dia yang merupakan seorang perunding inovasi dan usahawan itu telah meletakkan gambarnya dengan kapsyen “Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur”.
Billboard tersebut berada di Jalan Golden Hillock, Hockley Circus, berdekatan dengan Trek Greyhound Perry Barr melalui A34.
Bukan sahaja iklan di billboard, Malik juga turut membuat satu laman web persendirian bernama findmalikawife.com demi menjayakan misi mencari cintanya itu. Melalui laman web itu, sesiapa yang berminat boleh mengetahui segala details tentang Malik termasuk ciri-ciri dan kriteria wanita idamannya.
“Cara tradisional semua tak berkesan untuk saya, jadi saya berfikiran why not saya gunakan billboard?” kata Malik.
Dia juga berkata bahawa dia terpaksa gunakan billboard untuk dikenali dan dilihat oleh wanita-wanita di luar sana. Melalui laman webnya, dia juga ada menjelaskan pasangan ideal pilihannya ialah seorang gadis beragama Islam berusia 20an yang sedang berusaha untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.
Selain itu, Malik yang merupakan seorang anak tunggal daripada keluarga Punjabi ini juga tidak memilih dari segi etnik untuk sesiapa yang ingin mencuba nasib sebagai calon isterinya.
Dia juga telah menggambarkan fizikal dirinya sebagai seorang lelaki yang kurus dengan ketinggian 5 kaki 8 inci.
Mana-mana gadis solo yang rasa diri dah penuhi kriteria calon isteri Malik ni, try lah contact dia dekat website tu. Manatau korang lah yang dia cari selama ni.
Baca: Pensyarah Sporting Waktu Kelas, Nasihat Jangan Segan Untuk Cari Jodoh Waktu Belajar