Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelanggan memberikan tips sebanyak RM500 kepada seorang penghantar makanan telah meraih pujian netizen.
Melalui video yang dimuat naik oleh akaun @pinn_yang semasa delivery makanan dibuat, dia memegang 2 keping potongan kertas di tangannya yang tertulis RM100 dan RM500.
Buat trend TikTok sambil bersedekah
@yang Abang Grab & his gf pick the tip 🥹❤️ sweet couple! #pilihkertas #foryou #malaysia #grabfood #couple #couplegoals #valentinesday2023 #valentinegift #love #makanlokal
Dia kemudiannya meminta abang rider tersebut untuk memilih salah satu kertas itu, namun apabila rider itu memilih kertas yang bertulis RM100 dia seakan memberi clue untuk memilih kertas yang lagi satu.
Selepas itu, abang rider berkenaan meminta teman wanitanya untuk memilih kertas tersebut dan alangkah terkejutnya muka mereka apabila kertas yang mereka pilih itu tertulis RM500 sebagai tips mereka.
Difahamkan rider tersebut bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa kerana dia sedang menyimpan hasrat untuk mengumpul duit kahwin.
“Fulltime GrabFood, I nak kahwin. Cari duit kahwin,” kata penghantar makanan yang dikenali sebagai Danish itu.
Pada masa artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat sebanyak 3.8 juta jumlah tontonan dan meraih lebih 377K jumlah likes dalam masa sehari di laman sosial TikTok.
“The way you asked them to choose again because he picked the smallest amount first” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum setelah melihat tindakan individu itu berkongsi rezeki bersama seorang penghantar makanan sekaligus membantu orang yang lebih memerlukan.
Haa macamni lah orang kata content yang bermanfaat! Semoga abang tu dimurahkan rezeki!
Baca : “Nak privacy xyah la order COD”- Netizen Geram Tengok Notis Yang Ditampal Untuk Rider Di Pintu Rumah