Penyanyi dan penerbit, Ajai, 50, menyifatkan anak kedua Allahyarham Siti Sarah dan usahawan Shuib Sepahtu, Dzahira Thalita Zahra mempunyai aura dan tarikan yang sama seperti arwah ibunya.
Kata Ajai, biarpun suara mereka berlainan, namun bagi Ajai kehadiran Thalita di atas pentas telah membuatkan dirinya mengimbau kepada arwah Siti Sarah ketika mula-mula dikenali ramai.
Artikel berkaitan : Lepas Viral Menyanyi, Anak Arwah Siti Sarah Akui Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah
Artikel berkaitan : Thalita Menangis Ketika Marsha Nyanyi Lagu Hening Rindu, Shuib Tampil Perjelaskan Sebab
“Cara Thalita menyanyi tak sama macam arwah mak dia, tapi tarikan tu yang serupa. Daya komersial dia kuat.”
Tambahnya, ketika pertama kali bertemu dengan arwah Siti Sarah dalam satu pertandingan nyanyian, arwah telah menunjukkan keyakinan berhadapan dengan juri pada ketika itu.
“Kali pertama saya jumpa arwah dalam satu pertandingan. Ketika arwah menyanyi, eye contact dia dengan juri seolah-olah dia dah ada album sendiri. Keyakinan itu kini saya nampak dalam Thalita.”
@shuibsepahtu Terima kasih “sayang” @Thalita_Shuib untuk kenangan indah ini.Daddy sayang Thalita dunia dan akhirat.Terima kasih abang @byajai memberi peluang dan ruang indah ini utk di kongsi,merasakan kasih dan sayang.Terima kasih semua yg hadir di konsert By Ajai & Mega Friends Singapore.Dia sudah tiada,tapi suaranya akan terus di dengari. #byajaiandmegafriends #thalita
Ajai turut memuji kepekaan pendengaran muzik yang Thalita miliki terutamanya ketika sesi nyanyian bersamanya gadis 12 tahun itu.
Kata Ajai lagi, bakat semula jadi yang ada pada Thalita bukanlah sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua orang dan dia lihat gadis muda itu berpotensi besar.
@shuibsepahtu Kasih nya Daddy ❤️ @Thalita_Shuib
Baru-baru ini, Thalita telah menyertai dan membuat persembahan istimewa mengenang arwah ibunya di Konsert By Ajai & Friend yang berlangsung di Singapura.
Talitha menyampaikan dua lagu popular Allahyarham Siti Sarah iaitu Kesetiaan dan Makin Benci Makin Cinta yang turut dinyanyikan bersama Shuib.
Sumber : Utusan