in

“Cara kematian sama” – Sebelum Al Fateh, Bayi 6 Bulan Maut Di Taska 2 Tahun Lalu

bayi 6 bulan maut di taska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita tentang seorang bayi lelaki berusia 8 bulan meninggal selepas dihantar ke sebuah taska di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu amat memilukan.

Menurut laporan, cara kematian Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri kerana dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal di pusat jagaan itu lebih kurang sama dengan insiden yang meragut bayi perempuan berusia enam bulan pada dua tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, kejadian malang itu menimpa Haura Najia Mohd. Kamaruddin Helsa di sebuah taska di negeri sama pada 27 Oktober 2022.

Artikel berkaitan: Pengasuh Bayi 8 Bulan Yang Meninggal Dunia Di Taska Direman 7 Hari

Artikel berkaitan: Bapa Bayi 8 Bulan Yang Maut Di Taska Dedah Pengasuh Bedung, Sumbat Botol Susu Dan Tekup Mangsa Dengan Bantal

Katanya, Haura bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di hospital selama dua hari selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat dibedung kira-kira enam jam dan disumbatkan botol susu dalam keadaan mengiring.

“Kes Al Fateh ini sama dengan kes dua tahun lalu, ada kepincangan yang berlaku di setiap taska (terlibat) ini macam melepaskan batok di tangga dan adakah mereka (pengasuh) peka akan perbuatan salah itu?

“Maknanya paling senang nak jaga, bedung bayi kemudian bagi susu dengan harapan bayi tak bergerak dan tidur sedangkan cara penjagaan begitu salah dan ini sudah kes kedua terjadi dengan cara kematian itu sama puncanya,” katanya.

458731598 3465517456926868 6046404077559279018 n

Mengulas lanjut, susulan dua kes kematian melibatkan kaedah asuhan yang salah, pihaknya akan memanggil semua pengusaha taska dalam masa terdekat untuk memberikan latihan intensif penjagaan.

“Kita akan banteras habis-habisan kerana saya tak mahu lagi ada kes ketiga dan seterusnya dengan modus operandi sama nak bagi budak senyap senang dijaga pengasuh bedung dan sumbat dengan botol susu,” katanya lagi.

Terdahulu, kejadian menimpa Haura turut tular di media sosial pada 2022 apabila ibunya, Nurul Fateha Sandollah meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan taska yang sanggup membiarkan bayinya dalam keadaan dibedung selama enam jam.

Menerusi perkongsiannya, pada hari kejadian kira-kira jam 4.29 petang dia menerima panggilan daripada taska mengatakan Haura tidak sedarkan diri.

Menurutnya, dia segera ke taska dan dimaklumkan bayinya itu telah dibawa ke klinik berdekatan sebelum dimaklumkan bayinya telah dibawa ke Hospital Melaka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini Nurul Fateha di Facebook, arwah anaknya sehingga kini tidak mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib.

Sumber: Kosmo!, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.