Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) semakin terasa, banyak parti-parti politik telah mengumumkan calon-calon yang dipertandingkan mengikut kawasan-kawasan mereka.
Ramai juga mereka yang berada dalam industri hiburan yang menyarankan kesemua rakyat Malaysia untuk mengundi dan menunaikan tanggungjawab kepada negara bagi kesejahteraan dan masa depan rakyat Malaysia.
Pun begitu, salah seorang individu yang selalu menjadi bualan di media sosial iaitu Suhaimi Saad yang merupakan salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid terkemuka, InTeam mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap PRU 15.
https://www.tiktok.com/@matzam9/video/7160831528002538778?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7143429470309172738
Dalam video TikTok yang dimuat naik oleh @matzam9 itu, Suhaimi Saad mengakui dia tidak akan turun mengundi kerana sistem pilihan raya ini dianggap seperti berjudi.
“Hampa tau dak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan duit pertaruhan, judi tau tak yang hang dok sokong, bela duk mengundi tu.
Kalau kalah hangus, judi ke tak?” katanya.
Malah, dia juga menegaskan agar jangan melarangnya untuk tidak turun mengundi kerana cara pemikirannya dan pemahaman agama tidak sama dengan orang lain.
Dia juga memberi amaran kepada mereka yang pergi mengundi untuk menjawab di akhirat kelak kerana telah memecah belahkan masyarakat Islam.