Nampaknya isu mengenai Mondy, Ustaz Ebit Lew dan Caprice semakin rancak, terbaru, seorang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman juga ada masuk campur untuk mempertahankan Ustaz Ebit Lew.
Dalam satu video tular di TikTok memaparkan Ustaz Derry Sulaiman sedang mengadakan sesi live bersama seorang lelaki tua yang dikatakan bapa kepada Mondy.
Artikel Berkaitan : Dakwa Mondy Berbohong Demi Duit, Caprice Persoal Tuduhan Ustaz Derry Pasal ‘Mondi’
Artikel Berkaitan : Ramai Dakwa Sengaja Reka Cerita, Caprice Dedah Perbualan Mondy Dengan Bodyguard Pendakwah Terkenal?\
Bapa dakwa Caprice tak minta izin bawa Mondy ke Malaysia, menangis mohon maaf kepada UEL
Dalam video tersebut, lelaki yang didakwa bapa tiri Mondy membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ustaz Ebit Lew kerana masalah yang tercetus akibat perbuatan anaknya. Sebagai orang tua, mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik.
Dalam pada itu, Ustaz Derry ada kongsikan tangkap layar mesej WhatsApp mengenai pengakuan Mondy yang mengatakan podcast bersama Caprice adalah satu penipuan.
@isyaarisyha Bapa kandung Mondy bertattoo dedahkan yang mondy bercakap bohong dan cuba memfitnah ustaz ebit liew di live tiktok Ustaz Derry Sulaiman . Ni semua sebab wang sedara .. 😢😢😢😢😢😢😢
Jelasnya, itu adalah perbualan antara Mondy dengan Bang Zed, Ketua Punk Hidayah di sana dan dia memang sudah berinteraksi sendiri dengan Mondy rentetan dengan isu ini.
Selain itu, bapa Mondy juga beranggapan bahawa mungkin anaknya kini sedang menerima tekanan daripada pihak tertentu. Bahkan, lelaki tua tersebut mendakwa bahawa Caprice tidak minta izin dahulu kepada mereka untuk bawa anaknya ke Malaysia.
@triple_z465 repost.tadi ada bab* report.dengar sampai habis #fitnah #fyp #caprice #mondytatto #ebitlew #kakisantau
Malah, Ustaz Derry pula ada mengatakan bahawa Mondy juga ada hubunginya untuk minta tolong pulang ke Indonesia namun begitu dia dihalang pergi.
Dakwa ibu bapa diri ‘digula-gulakan’?
Selepas video itu tular di TikTok, Caprice pula ada muat naik video menunjukkan Mondy seperti sedang berbicara dengan ibu bapa tirinya.
Menerusi Instagram, Caprice memberi bayangan seakan-akan ibu bapa tiri Mondy telah dipergunakan dengan ‘bukti chat’ yang Caprice dakwa adalah palsu.
“Fitnah yang sangat jahat. waktu Ustaz Derry punye live, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari 6 jam untuk bagi statement / soal siasat.”
“Yang paling pelik, laporan polis yang Mondy buat minggu lepas SEBELUM podcast pun belum keluar di media lagi tapi sudah di fitnah, terima ugutan, caci, dan maki.”
View this post on Instagram
Jelas Caprice, video tersebut dirakam selepas mereka disoal siasat di IPK Selangor menggunakan telefon isterinya dan dia gunakannya untuk hubungi orang tua selepas TikTok live Derry viral.