in

“Cantik-cantik baju dorang” – Himpunan Koleksi Pakaian Rasmi Olimpik Paris 2024

Collage 7 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung pada 27 Julai, ini bermakna sebulan je lagi untuk semua atlet membuat persediaan terakhir. Malah baru-baru ini, ketika sambutan Hari Olimpik di The Exchange TRX, pakaian rasmi kontigen Malaysia bagi Olimpik Paris 2024 telah dilancarkan.

Menerusi Facebook Majlis Olimpik Malaysia, rekaan terbaru dari Yonex Sunrise Malaysia ini telah menggunakan tema hitam dan emas serta turut menggabungkan elemen belang harimau bagi melambangkan usaha Malaysia untuk mendapatkan pingat emas di Olimpik.


Pic 4290258 20240624173348

Namun begitu, pendedahan baju kontinjen Malaysia ini tidak mendapat sambutan yang baik dikalangan netizen di media sosial. Rata-rata memberikan kritikan terhadap rekaan baju tersebut yang dikatakan nampak murah dan corak belang yang menjadi identiti atlet Malaysia juga kurang ditonjolkan.

Tak cukup dengan itu, netizen juga turut mengecam pelancaran baju rasmi ini kerana penggunaan patung mannequin yang dikatakan tidak semenggah.

Artikel berkaitan: “Tiada guna rekaan cantik tapi tak bawa pulang emas” – Isu Baju Rasmi Olimpik, Ini Respon CDM

Artikel berkaitan: Ramai Kecewa Dengan Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Olimpik 2024, Ini Respon Menteri KBS

Jadi, pada artikel kali ini, apa kata kita tengok design baju dari negara-negara lain untuk Olimpik Paris 2024 ni dan buat perbandingan sendiri. Betul ke kita punya paling tak cantik?

1. Perancis

Tuan rumah Olimpik Paris 2024 telah melancarkan pakaian rasmi kontigen Perancis dengan mengumpulkan atlet Olimpik dan Paralimpik Perancis di Sports House of France untuk pendedahan pakaian dari jenama Le Coq Sportif.

Pakaian rasmi atlet Perancis ini telah menggunakan warna bendera Perancis bertemakan Bleu-Blanc-Rouge dengan menonjolkan warna putih sebagai warna utama.

419210295 723465516630512 3538674240611740862 N 819X1024 1

2. Amerika Syarikat

Sejak tahun 2008, Ralph Lauren telah diberikan tanggungjawab untuk mereka pakaian pasukan Amerika Syarikat di sembilan sukan Olimpik dan Paralimpik. Untuk Olimpik Paris 2024, jenama ini telah menggunakan warna bendera AS melambangkan semangat patriotik iaitu merah, putih dan biru.

Bagi acara pembukaan, atlet pasukan AS akan memakai blazer klasik Ralph Lauren berwarna biru navy dengan perincian merah dan putih serta dipadankan dengan baju Oxford, tali leher berwarna biru dan seluar jeans berwarna biru cerah.

Bagi acara penutup pula, Ralph Lauren telah mereka jaket bergaya lumba kereta dengan patch bendera Amerika Syarikat sebagai perincian dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih.

Gqzkcctauaafmcs

3. Great Britain

Team Great Britain telah mendedahkan pakaian rasmi bagi Olimpik Paris 2024 yang direka oleh jenama sukan terkenal, Adidas.

Pakaian ini telah menampilkan rekaan simple tapi masih menunjukkan semangat patriotik dengan memaparkan lambang bendera Union Jacks di bahagian lengan.

Skynews Olympics Team Gb 6525230

4. Jepun

April lalu, Jepun telah melancarkan pakaian rasminya untuk Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Menampilkan baju berwarna merah terang yang diinspirasikan oleh Perancis sebagai pusat matahari terbit dengan menggunakan 34% bahan kitar semula.

Pakaian rasmi atlet Jepun ini telah dibuat oleh jenama Asics Corp. dengan mengambil kira kepanasan iklim di Paris.

Gqznwsda4Aer3A0

5. Sepanyol

Jenama Joma telah melancarkan koleksi pakaian rasmi yang akan dipakai oleh atlet Sepanyol di Olimpik Paris 2024. Rekaan pakaian ini telah menggunakan warna merah dan kuning yang diambil dari bendera sebagai warna utamanya.

Selain itu, Joma turut menggunakan fabrik mesra alam seperti poliester yang dikitar semula dan kapas organik serta menggunakan teknik pewarna tanpa bahan kimia sebagai usaha untuk melestarikan alam sekitar.

Gq7At4Kbwaal19H

Korang suka yang mana?

Sumber: The Sun, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.