Seorang remaja lelaki menjadi perhatian ramai selepas satu video yang dimuat naik abangnya viral di Twitter. Dalam video tu, dia dikatakan tengah bermain game PUBG di handphone dan tiba-tiba abangnya saja nak ‘kacau’ dan test sambung ayat Quran.
Sekali rileeeek je dia sambung tau! Dengan jari dan mata yang fokus dengan PUBG tu, mulut dia terkumat kamit sambung ayat Quran. Lancar pula tu!
Saja kacau adik tengah main pubg . Sekali cair pulak 🤣 pic.twitter.com/ikFgCNly3q
— Fath (@Fathyakan) November 11, 2019
Rupa-rupanya menurut abangnya, remaja ini telah menjadi ‘hafiz Quran’ (orang yang hafal Al Quran) sejak usia 14 tahun lagi. Lepas tu dia ambil syahadah Quran pada umur 15 tahun.
In fact, adik beradik mereka yang lain pun menjurus ke arah yang sama, menjadi hafiz Quran. Kata abangnya lagi, dalam semua adik beradik mereka memang remaja inilah yang paling laju habis!
Ramai netizen yang ‘cair’ tengok dan masing-masing bergurau dengan abangnya di Twitter. Ada juga yang terinspirasi dengan keluarga mereka kerana hebat mendalami agama dan tidak lupa juga yang mendoakan adik beradik ini.
Calon imam yang baik ni.”
Adik beradik hebat!”
Nak alamat, nak masuk minang.”
Sejuk perut ibu mengandung…