Bagi korang yang membesar dengan menonton sinetron kat TV petang-petang dulu, korang mesti masih ingat dengan siri sinetron paling famous kat Malaysia, iaitu Bawang Merah Bawang Putih .
Antara pelakonnya yang masih diingati ramai pastinya Nia Ramadhani yang memegang watak Bawang Merah dan juga tak dilupakan, Revalina S Temat, si Bawang Putih.

Malah kini katanya, ramai yang tertarik dengan penampilan sweet Revalina di Instagram yang sejukkkk mata memandang! Wahhh dah lama kan tak dengar cerita pasal Bawang Putih ni!
Kini ibu dua anak, Revalina selesa berimej muslimah
Berbeza dengan Nia Ramadhani yang bergaya seksi dan berani, Revalina yang kini sudah bergelar ibu kepada dua anak ini nampak jelita dengan penampilannya yang sudah berhijab.
Revalina juga dilihat menampilkan imej muslimah yang sopan dan masih boleh bergaya walaupun memakai baju labuh dan tudung bawal! Tengok pakai tudung bawal senget-senget pun comel je Revalina ni kan!
https://www.instagram.com/p/B3_40orhUL-/
https://www.instagram.com/p/B4d8p72h3JR/
https://www.instagram.com/p/B3d46BtBsWN/
“Banyak gambar tudungnya menutup dada”
Malah Revalina juga tak perlu nak pakai ketat-ketat, cukup pakai baju labuh dan longgar, dah nampak cantik je!
Sampaikan ada netizen komen yang tudung Bawang Putih pakai ni mesti tutup dada kan. Tak ada satupun nampak terdedah dada.
https://www.instagram.com/p/B3Edu6qhAkR/
https://www.instagram.com/p/B1uxXB0hJcX/
https://www.instagram.com/p/B36oESBhh-o/
Penampilan Revalina sesuai jadi ikutan wanita Muslim
Rata-rata pengikut Instagram Revalina memuji gaya dan penampilan pelakon ini yang sentiasa nampak kemas dan sopan bila ke mana-mana. Oleh tu, siap ada yang sarankan supaya ramai wanita Muslim jadikan imej Revalina sebagai ikutan.
