in

“Call anak sendiri pun kena sorok2” – Rakan Tampil ‘Back Up’, Nafi Shuk Sahar Tidak Bertanggungjawab

rakan shuk sahar fara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh kembali menjadi tumpuan di media sosial.

Ia susulan Fara mendakwa Shuk telah mengabaikan dirinya dan anak dalam kandungan. Malah menyatakan pelawak itu melebihkan rakan-rakan daripada keluarga sendiri.


Rakan Shuk minta Fara henti sebar hal rumah tangga

Terbaharu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Shuk iaitu Raje Ridzuan tampil mempertahankannya selepas dihujani pelbagai dakwaan.

Artikel berkaitan: “Aku dilabel sebagai ‘redflag’” – Mahu Fokus Bisnes, Shuk Sahar Tak Mahu Jaja Kisah Rumah Tangga

Artikel berkaitan: “Isteri itu beban, kawan-kawan punca rezeki” – Fara Salleh Kongsi Kata-kata Daripada Shuk Sahar?

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ridzuan berkongsi video menunjukkan Shuk sedang membuat panggilan video bersama anaknya.

Dalam hantaran itu, dia mendakwa Fara akan merajuk jika mendapat tahu Shuk menghubungi anaknya secara senyap-senyap. Jika kantoi, Shuk akan diugut dengan perkataan ‘cerai’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raje Ridzuan Khai (@imraje)

“Sebelum ini nak jumpa pun tak boleh, apa lagi nak video call macam ini.

“Bila telefon anak sendiri pun kena sorok-sorok dan kalau kantoi, merajuk! Kalau jumpa akan ugut itu, ini dan minta cerai.”

Dalam pada itu, dia juga menempelak tindakan Fara yang menyebarkan hal rumah tangga di media sosial.

Dia juga menafikan bahawa Shuk seorang suami yang tidak bertanggungjawab kerana pelawak itu sedang sibuk mencari rezeki bagi menampung kos perubatan Fara.

“Berhentilah heboh hal dalam kain sendiri, yang awak nak jatuhkan itu suami sendiri.

“Kalau dia pentingkan kawan, baik biar je awak m*ti hari itu masa sakit jantung. Dia menggelupur cari duit sebab nak bayar kos rawatan jantung kau tu.

“Bukan sikit, berbelas ribu tau. Kalau tak sayang, lama dah dia biarkan awak tu,” katanya.

Terdahulu, Fara sudah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu dan sedang menunggu tarikh sebutan kes.

Suumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.