Rasanya tak perlu lagilah nak ceritakan topik apa yang sekarang sedang hangat diperkatakan di media sosial, kalau min sebut nama Alif Teega mesti korang dah tahu siapa dan pasal apa kan? Terutamanya orang perempuan, terus jadi auto marah.
Tapi isu ini bukan sebab Alif Teega, ini pasal ‘geng’ dia yang sebelum ini pernah sampai lagu yang dipakai tu jadi trending iaitu Abang Tesla.
Selepas lama menyepi, Abang Tesla yang peka dengan kes Alif Teega ini tampil bagi nasihat pedas buat para wanita yang kecam dirinya dan Alif Teega.
Artikel Berkaitan : Abang Tesla Buat Ucapan Hari Jadi Buat Isteri Kedua, Isteri Pertama Sebagai ‘Hadiah’
Artikel Berkaitan : “Be a gentleman” – Diugut Saman, Adik Aisyah Hijanah Cabar Alif Teega Jumpa Keluarga Depan-depan
Selain kaum wanita, dia juga tujukan nasihat pedasnya itu buat para lelaki yang suka memberikan komen seperti diri mereka adalah yang paling sempurna dan tak pernah buat dosa.
Oleh itu, Abang Tesla meminta orang ramai agar doakan sahaja yang baik-baik kerana perkara ini yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan pada sesiapa sahaja..
“Kepada wanita, jangan rasa lelaki itu baik depan korang, dia tak ada yang lain, aku ada ramai je kawan-kawan macam tu, so korang hati-hati lah, pergi check phone pasangan korang tu, tengok location dia dekat mana, video call dia orang yang jenis suka outstation tu.
“Yang cakap lebih-lebih ni, silap-silap laki dia kelaut entah ke mana. Kepada lelaki, jangan rasa terpaling baik, terpaling bagus, patut kita istiqamah sama-sama.”
@abg.tesla Nasihat untuk semua. #abgtesla #fyp #alifteega
Apa pandangan korang pasal kenyataan Abang Tesla ni?
Sumber : TikTok