Hampir 2 tahun caj RM1 bagi setiap transaksi pengeluaran wang di mesin ATM telah dimansuhkan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
Tindakan itu dilakukan bagi mengurangkan pergerakan pengguna.Bagaimanapun, terbaru difahamkan caj RM1 tersebut akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022 nanti.
Beberapa bank dah mula buat
Ia selepas beberapa bank telah pun mengumumkan perlaksanaan ini, antaranya Citibank, Kuwait Finance House, CIMB, Maybank dan Agrobank.
Para pelanggan yang dihormati,
Berkuatkuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan keatas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/ CIMB Islamic (1/2)
— CIMB Assists (@CIMB_Assists) December 15, 2021
Starting from 1 February 2022, the ATM interbank cash withdrawal fee of RM1.00 will be reinstated. Maybank customers can continue to perform cash withdrawal transactions at Maybank’s ATM for free*. Info: https://t.co/NSXArsSJGu
*T&C apply. pic.twitter.com/khZsUXKGm2— Maybank (@MyMaybank) December 15, 2021
NOTIS PEMBERITAHUAN: CAJ TRANSAKSI RM1.00 BAGI TRANSAKSI PENGELUARAN WANG TUNAI ANTARA BANK
Para pelanggan yang dihargai,
Berkuatkuasa 1 Februari 2022, caj transaksi sebanyak RM1.00 akan dikenakan kepada pelanggan yang melakukan transaksi Pengeluaran Wang Tunai Antara Bank. pic.twitter.com/IN9q9J4Nk6
— AGROBANK (@AgrobankMY) December 15, 2021
Sementara itu, bank-bank lain masih belum lagi membuat pengumuman ini. Penguatkuasaan ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Kebanyakannya mengeluh kerana caj tambahan itu, ada juga yang dah mula imbas kembali detik-detik perlu ke bank tertentu untuk keluarkan duit.
Haih nasib lah min ada bank, eh! Tapi duit takde, lol!
Baca : Dipanggil Interview 3 Jam Lepas Pacak Resume Di Stesen Kereta Api, Lelaki Kini Kerja Di Bank