Kawasan riadah awam seperti tasik dan stadium sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga. Selain daripada pemandangan yang indah, kemudahan yang disediakan juga menjadi faktor untuk pengunjung beriadah di sesuatu tempat.
Namun, bagaimana pula jika kemudahan di sesuatu tempat itu menjadi beban buat pengunjung?
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Hans Yusoff ada memuat naik satu hantaran berkenaan caj parkir di sekitar Stadium Bukit Jalil yang tidak masuk akal dan membebankan pengunjung.
Menerusi hantaran tersebut, lelaki ini mendakwa dia mahu beriadah di sekitar Stadium Bukit Jalil. Namun setibanya di sana, dia terkejut melihatkan caj parkir meningkat ke RM30 untuk satu kereta.
Jelas lelaki ini, sebelum ini kawasan parkir tersebut hanya mengenakan caj RM2 untuk satu kereta. Namun, caj akan meningkat pada hujung minggu jika ada acara yang berlangsung di situ. Kecewa dengan caj yang dikenakan, lelaki ini membatalkan niatnya untuk beriadah lalu pulang.
“Atas alasan semangat kesukanan datang nk jogging kat Stadium bukit jalil pagi ni tiba-tiba tgk byr paking dh jadi harga yg yahudi buat”
“Dulu paking 2 inggit sekarang sudah tukar 10-30 ringgit untuk sabtu & ahad je harga sepsial mcm ni.. balik je lah”, tulis lelaki ini.
Hantaran ini tular di Facebook dan mendapat perhatian warganet. Menurut seorang individu, harga parkir di Stadium Bukit Jalil meningkat secara mendadak kerana terdapatnya konsert Yuvan, selebriti Bollywood.
“Ni harga utk concert Bollywood Yuvan. Bermula jam 3ptg hingga 10 malam. Esok rate RM2 semula”, tulis seorang warganet di ruangan komen.
Ada sesiapa yang pergi ke konsert Yuvan?
Kredit: Hans Yusoff
BACA: Boleh Joging Tapi Tak Boleh di Kawasan Kejiranan Orang Lain – Polis