Setiap orang pasti ada rancangan untuk tamatkan zaman bujang, bezanya cepat atau lambat sahaja dan bukan mudah untuk mencari pasangan hidup yang serasi.
Disebabkan itu, ada yang lewat berkahwin dan cadangan daripada Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan agar kerajaan memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah wanita yang lewat berkahwin.
Artikel berkaitan: Suami Mahu Berpoligami Tak Perlu Kebenaran Isteri Pertama Jika Daftar Nikah Di Perlis
Artikel berkaitan: “Isteri ada fitrah tak boleh berkongsi” – Pesanan Kaunselor Buat Suami Yang Terinpirasi Dengan Abang Tesla
1. PAS MP Tuan Ibrahim Tuan Man says polygamy can help resolve the issue of women getting married late.
“Negara kita sensitif isu poligami…saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini. Bagi mereka yang mampu, sokongan moral perlu diberi,” he told the Dewan Rakyat. pic.twitter.com/X2zG6hKFLP
— BFM News (@NewsBFM) November 22, 2023
“Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.
“Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad, tetapi perkara ini dapat memberi jalan keluar,” katanya.
Yeo Bee Yin tampil bidas kenyataan Tuan Ibrahim
Namun, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin membidas kenyataan Tuan Ibrahim yang disifatkan seksis berhubung masalah wanita lambat berkahwin serta galakan berpoligami.
“Kenapa wanita yang tak kahwin adalah masalah? Kenapa wanita lambat kahwin adalah masalah, tapi lelaki lambat kahwin atau tak kahwin bukan masalah?
“Wanita tak berkahwin bukan satu masalah, itu bukan satu masalah yang perlu diatasi,” katanya.
1. Puchong MP Yeo Bee Yin has slammed PAS MP Tuan Ibrahim Tuan Man for his remarks on polygamy, which she said was sexist.
"Why is that women who are not married are considered a problem? Why if women marry late also a problem?
The same was not true for men, she said. https://t.co/hvzoCrfN48 pic.twitter.com/s49Pdyc7NR
— BFM News (@NewsBFM) November 23, 2023
Tambah Yeo, dia menganggap galakan berpoligami sebagai sesuatu yang tidak wajar dan ‘menyinggung hati’ wanita bergelar isteri.
“Apa perasaan mereka apabila ada ahli parlimen yang menggalakkan poligami?” katanya lagi.
Tuan Ibrahim bagaimanapun menegaskan dia tidak akan menarik balik kenyataannya yang dianggap seksis itu.
Sumber: X