in

“Bye bye Tipuware!” – Projek Anak & Menantu, Bersihkan Rumah Sewaktu Mak Ayah Pergi Umrah

Rumah 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba korang check dekat rumah, banyak tak barang-barang lama yang masih tersimpan? Contohnya, baju-baju lama, buku-buku lama, bekas simpan makanan dan barang lain yang dah lama tidak digunakan.

Kalau masih ada, mungkin korang boleh relate dengan kisah ni yang mana anak dan menantu bekerjasama membersihkan rumah sewaktu ibu bapa mereka sedang menunaikan umrah.


@aainaa.nordin

POV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover 😎

♬ Le Monde – From Talk to Me – Richard Carter

Buang ‘Tipuware’

Seperti yang dapat dilihat dalam video itu, ada beberapa buah rak yang berada di dapur menempatkan bekas-bekas makanan serta periuk-periuk milik ibu mereka. Oleh itu, segelintir daripada mereka ditugaskan untuk mengemas bekas-bekas tersebut dan memilih hanya beberapa bekas makanan yang masih lagi boleh digunakan.

Tupperware: Life of mak mak.. Bye bye ‘Tipuware’

Setelah siap memilih beberapa bekas, mereka menyusunnya semula di dalam rak dan bekas-bekas yang tidak digunakan telah dibuang serta merta. Pinggan dan mangkuk juga disusun dengan rapi di beberapa ruang dapur.

Artikel berkaitan: Lelaki Pantai Timur Ini Kongsi Barang Yang Boleh Mudahkan Proses Bersihkan Rumah Lepas Banjir

Artikel berkaitan: “Dia sgt2 berterima kasih” – Sebak! Makcik Ni Menangis Terharu Ramai Turun Bantu Bersihkan Rumah

Kemas & susun baju-baju

Selain itu, mereka juga mengemas bilik yang menempatkan pakaian milik ibu mereka. Satu persatu baju dilipat kemas dan disusun dengan rapi oleh beberapa orang wanita. Baju kurung dan jubah pula digantung dalam almari dan ampaian bilik.

Cat kawasan ruang tamu 

Bukan itu sahaja, beberapa orang lelaki ditugaskan untuk membuat kerja yang lebih berat seperti mengecat dinding ruang tamu rumah itu. Sebelum ini, dinding tersebut berwarna kuning gelap membuatkan kawasan tersebut nampak gelap dan sempit.

Mereka juga mengecat ruang tersebut menggunakan warna putih dan hasilnya, ruang tamu kelihatan lebih cerah dan luas!

Akhir sekali, barang-barang yang tidak dipakai telah pun dikumpul dan diletakkan di sebelah tong sampah kawasan taman perumahan itu.

Video ini telah mendapat perhatian netizen sejak ia tular dan rata-rata daripada mereka menceritakan pengalaman yang sama.

Rumah 1 Rumah 2 Rumah 3

Fuh.. rajin betul anak menantu buat gini!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.