Ramai yang masih bergelut dengan masalah jerawat walaupun dah cuba pelbagai produk. Kalau ini situasi yang sedang dihadapi, artikel ini memang untuk korang!
Setiap tahun, bulan Jun disambut sebagai Bulan Kesedaran Jerawat (Acne Awareness Month) iaitu satu inisiatif global untuk mendidik orang ramai tentang punca, rawatan dan kesan jerawat dari segi fizikal dan emosi.
Ekoran ini, Eucerin melancarkan kempen istimewa yang merangkumi aktiviti sampling berskala besar, kandungan edukasi di media sosial, dan kerjasama bersama pakar penjagaan kulit untuk berkongsi ilmu tentang tiga bahan aktif yang terbukti secara klinikal membantu merawat jerawat.
“Pastikan 3 bahan penting ni ada” – Pakar penjagaan kulit
Sempena Bulan Kesedaran Jerawat, beberapa pakar penjagaan kulit tampil untuk berkongsi ilmu dan fakta penting yang sering kali orang ramai terlepas pandang. Antaranya termasuklah kesilapan memilih produk tanpa memahami kandungan bahan aktif yang sesuai, yang akhirnya boleh menyebabkan breakout berpanjangan dan jerawat yang tak beransur pulih. Jom tengok apa kata dorang!
1. Tak ada lagi parut jerawat: Thiamidol
View this post on Instagram
Menurut pakar penjagaan kulit, Aishah Budiman, “Thiamidol merupakan agen pencerah kulit yang efektif dan menyasarkan bekas jerawat. Ia membantu mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan bintik gelap.”
Kalau korang nak tahu, Thiamidol adalah bahan yang dipatenkan eksklusif daripada Eucerin, dan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kesan gelap jerawat serta mencerahkan tona kulit secara beransur-ansur.
2. Licochalcone A boleh tenangkan kulit sensitif
View this post on Instagram
Menurut pakar penjagaan kulit Shazril Shaharuddin, “Licochalcone A sangat berkesan untuk menenangkan kulit, malah ia juga dapat mengawal pengeluaran sebum supaya kulit berminyak lebih mudah diurus.”
3. 2% Salicylic Acid bantu rawat masalah jerawat
View this post on Instagram
Pakar penjagaan kulit – Fatin Liyana Asri pula kongsikan yang 2% Salicylic Acid merupakan salah satu bahan yang perlu ada dalam skincare untuk merawat masalah jerawat. Menurutnya:
“Saliclylic Acid merupakan oil soluble yang boleh masuk menyerap ke dalam pori untuk pecahkan minyak berlebihan dan buang sel mati yang tersumbat.”
Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk tak perlu pakai produk berlapis-lapis dan fokus kepada rutin yang ringkas dan paling penting, pilih produk yang dermatologically tested, selamat dan berkesan.
Ramai KOL & Selebriti Turut Sertai Kempen Ni
Selain pakar kulit, ramai juga selebriti dan pempengaruh popular turut bekerjasama dengan Eucerin dengan kongsikan rutin, testimoni dan tips yang highlight keberkesanan tiga bahan aktif ni dalam penjagaan kulit tau!
Eucerin ProACNE memang penyelamat!
Kalau korang nak cari produk yang ada 2% Salicylic Acid, Licochalcone A, dan Thiamidol ni, korang boleh gunakan kombinasi Eucerin ProACNE Solution 3X Treatment Gel To Foam Cleanser dan Triple Effect Serum.
Tak percaya?
Salah satu testimoni paling ketara datang daripada Hani, yang berkongsi perjalanan rawatannya selama 14 hari. Pada hari pertama, jerawatnya kelihatan sangat teruk dengan radang aktif. Tapi selepas seminggu, kulitnya mula menunjukkan tanda pemulihan, dan menjelang hari ke-14, jerawat makin surut dan kulit kelihatan jauh lebih tenang walaupun belum pulih sepenuhnya.
Selain itu, salah seorang pengguna turut mencuba sendiri dua produk dari Eucerin ProAcne. Dari video yang @crysta1ng kongsikan, dia berjaya pulihkan kulit berjerawat kepada lebih bersih dan sekata dengan rutin konsisten.
View this post on Instagram
Tertanya-tanya macam mana nak mula dengan rutin yang betul? Ini antara langkah yang disarankan untuk menggunakan rangkaian produk Eucerin ProACNE:
Langkah 1: Bersihkan kulit dengan Eucerin ProACNE Solution 3X Treatment Gel To Foam Cleanser
Langkah 2: Tingkatkan keberkesanan rawatan dengan Eucerin ProACNE Triple Effect Serum
Langkah 3: Lindungi usaha korang dengan Eucerin Sun Dry Touch Oil Control SPF 50
Dengan gabungan tiga produk ni, rutin korang bukan je lebih tersusun tapi juga lengkap daripada pembersihan hingga ke perlindungan.
Sempena Acne Awareness Month, Ini Masa Terbaik Untuk Mula Jaga Kulit
Nak cari penyelesaian yang lebih menyeluruh? Pastikan produk korang ada 2% Salicylic Acid, Licochalcone A, dan Thiamidol.
Rawatan jerawat bukan sekadar untuk kecantikan tapi juga melibatkan keyakinan diri. Bila kulit sihat, kita akan rasa lebih yakin dan selesa.
Kalau korang rasa dah tiba masa untuk tukar skincare dan nak tengok kesan sebenar, dapatkan Eucerin ProACNE Solution 3X Treatment Gel To Foam Cleanser , Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum dan Eucerin Sun Dry Touch Oil Control SPF 50 di Watsons dan Guardian berhampiran.