in

“Bukti kasih sayang anak syurga” – Netizen Sebak, Murid PPKI Peluk Erat Guru Sambil Menangis Pada Majlis Perpisahan

Ppki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, terdapat sebuah video tular yang berjaya menyentuh hati netizen. Dalam video itu, dapat dilihat seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menangis teresak-esak sambil memeluk guru kesayangannnya.


Dipercayai, video tersebut dirakam ketika majlis perpisahan yang diadakan oleh pihak sekolah untuk meraikan persaraan Cikgu Zaidi.

Lebih meruntun hati, guru tersebut turut mengalirkan air mata, mungkin kerana tidak dapat menahan rasa sebak melihat reaksi anak muridnya itu.

“Selamat bersara sahabatku, Cikgu Zaidi. Anak PPKI ini pasti akan merinduimu,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Berdasarkan komen @setia0873, Cikgu Zaidi bukanlah seorang guru PPKI. Namun, beliau mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan murid tersebut.

@setia0873♬ Hanya Rindu – Andmesh

Artikel berkaitan: ‘Kau parents jenis apa eh?’ – Individu ‘Dikecam’ Selepas Suruh Buka Sekolah PPKI, Alasan Tak Mampu Jaga Anak OKU

Artikel berkaitan: ‘Mommy bangga pencapaian abang’ – Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Sedih, Hanya Mampu Edit Gambar Graduasi Anak

Ppki
Tangkap layar video tiktok milik @setia087 yang tular baru-baru ini.

Dalam ruangan komen, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zaidi serta semua guru PPKI yang selama ini tidak putus-putus mencurah bakti demi mengajar anak-anak murid istimewa.

Menurut seorang pengguna, @syuhadarahim, dia turut berkongsi pengalamannya membesarkan seorang anak PPKI. Menurut Syuhada, anaknya juga mempunyai seorang guru ‘favourite‘ yang kini sudah berpindah sekolah.

“Cikgu yang rapat dengan anak saya sudah sebulan berpindah ke sekolah lain. Setiap hari, lepas balik sekolah dia akan cerita niatnya untuk berjumpa cikgu tersebut tetapi jauh. Kadang-kadang terpaksa buat tak dengar bila anak bercerita,” katanya.

Menurut @byjar, dia dapat merasai betapa besarnya kasih sayang murid tersebut kepada gurunya kerana ibunya juga pernah menjadi guru PPKI.

“Anak murid ibu saya sampaikan ada yang tidak mahu datang sekolah sebab dia (ibu) tidak ada.

“Hari-hari tanya mana cikgu. Anak syurga memang macam itu, sekali dah sayang cikgu, susah hendak berpisah,” katanya.

“Alhamdulillah, moga anak ini boleh tarik cikgunya masuk ke dalam syurga,” kata Nuh.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.