in

‘Bukti CCTV kabur?’ – Netizen Persoal ‘Ketelusan’ Undang-undang Bila 3 Lelaki Terlepas Tuduhan Bunuh, Gilis Di Stesen Minyak

Gambar Hiasan 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah korang ingat tentang video kejadian tikam dan gilis menggunakan kereta berjenama BMW berwarna putih di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru? Ya, semalam Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan tiga lelaki daripada tuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh seorang lelaki tiga tahun lalu. What?!


Menurut Berita Harian, Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Gan Jia Ji, 22, Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie‘ terhadap kes itu.

Shahnaz dalam penghakiman di akhir pendakwaan berkata, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan semua tertuduh dilepas dan dibebaskan. Antara alasannya adalah bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

“Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

“Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan,”

1 4 1

2 4 1

3 3 1

Dengan keputusan mahkamah itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak puas hati serta mempersoalkan ‘ketelusan’ undang-undang yang diambil.

Ada juga yang diantara mereka mohon agar kes ini di siasat semula dan melibatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar kes berat seperti ini akan disiasat dengan lebih telus kerana mereka berasa keputusan ini tidak adil dan alasan tertuduh ‘gugur’ daripada kes juga agak tidak masuk akal.

A 2

Q

W

Hmm.. keputusan telah dibuat dan mungkin para hakim lebih berhak untuk menilai.

 

Baca: Empat Suspek Lelaki Kes Tikam Dan Gilis di Stesen Minyak Johor Bahru Ditahan!

Az

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.