Akhbar harian America yang turut diedarkan ke serata dunia, USA Today baru-baru ini telah mengeluarkan satu artikel menyenaraikan 100 tempat yang dianggap sebagai tourist trap di seluruh dunia.
Kalau korang nak tahu tourist trap atau perangkap pelancong ini adalah sesuatu destinasi menarik yang menjadi tumpuan pelancong namun memperdayakan pelancong dengan menjual barang atau meletakkan harga tiket yang cekik darah.
Dalam artikel yang ditulis oleh USA Today itu, ia juga turut menyenaraikan 100 tempat tarikan yang terlalu mahal serta 100 tempat yang terlalu overrated di seluruh dunia.
Bukit Bendera Tersenarai Sebagai ‘Tourist Trap’ No.1 Paling Teruk Di Asia
Namun apa yang memeranjatkan, dalam senarai 100 tempat yang dianggap sebagai tourist trap, Bukit Bendera, Pulau Pinang telah disenaraikan sebagai tempat tourist trap nombor satu paling teruk di Asia dan nombor 9 di seluruh dunia.
Tak cukup dengan itu, Bukit Bendera juga turut disenaraikan sebagai tarikan ke-2 di Asia paling overrated dan ke-14 di dunia menjadikan Tegalalang Rice Terrace, Bali, Indonesia sebagai destinasi pelancongan nombor 1 paling overrated di Asia.
Manakala bagi senarai tempat pelancongan terlalu mahal pula, Bukit Bendera merupakan tempat ke-64 dari 100 destinasi yang diplih.
Kalau korang nak tahu, USA Today menyusun senarai ini selepas menganalisa sebanyak 23.3 juta Google review untuk 500 destinasi pelancongan paling popular di dunia yang merangkumi sebanyak 64 negara di 6 benua pada Julai 2023.
Betul ke Bukit Bendera ni teruk?
Kalau korang dah pernah pergi Bukit Bendera ni, korang mesti tahu yang tempat ni ada menawarkan satu-satunya sistem kereta api funikular di Malaysia yang membawa pelancong untuk naik ke puncak Bukit Bendera dan boleh menikmati pemandangan seluruh Pulau Pinang.
Pun begitu, terdapat beberapa insiden di mana kereta api kabel ini telah rosak dan menyebabkan ramai pengunjung terkandas sehingga ada yang mendakwa tren ini hampir setiap bulan rosak dan menyusahkan ramai pelancong kerana perlu menunggu bantuan untuk turun ke bawah sekiranya kereta api tersebut gagal berfungsi semula dalam masa yang singkat.
Artikel berkaitan: “Bila nak elok? Tiap bulan rosak” – Tren Bukit Bendera Rosak Lagi, Terpaksa Bawa Turun Penumpang Guna 4WD
Artikel berkaitan: “Dah uzur sangat ni” – 150 Penumpang Terperangkap Lepas Kereta Kabel ‘Sangkut’ Masa Nak Naik Bukit Bendera
Selain harga tiket yang agak mahal untuk pelancong negara luar, ramai juga yang menganggap pemandangan di atas bukit juga tidak berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Tak cukup dengan itu, pengunjung yang ada di sana juga terlalu ramai sehingga perlu beratur lama untuk naik dan turun bukit.
Jadi bukan je pelancong dari luar negara yang menganggap tempat ni tak berbaloi untuk dikunjungi orang Malaysia pun turut rasa benda yang sama.
Hm, sayanglah kalau tak ubah Bukit Bendera ni untuk jadi lebih baik sebab tempat ni dah jadi kawasan pelancongan sejak dari zaman British lagi. Mungkin benda ni boleh jadi wake up call untuk pihak pengurusan di sana kan?
Sumber: USA Today