Sehari dua ini kecoh mengenai kes premis judi tak berlesen di Sungai Buloh sehingga mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Terbaru, Polis Di Raja Malaysia mengesahkan yang pihaknya ada menerima maklumat bahawa ada segelintir pegawai dan anggota mereka yang dipercayai memberi perlindungan kepada premis judi tak berlesan di sekitar Sungai Buloh.
Ketika ini, semua maklumat yang diterima sedang diteliti termasuk premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh, lapor Harian Metro.
Antara perkara diteliti antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjudian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.”
“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.”-Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya
Ujarnya, jika ada pegawai dan anggota polis terima rasuah, ia akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya.
Semalam, Bernama ada melaporkan bahawa SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang didakwa cuba melindungi premis haram, kedai judi tidak berlesen dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.