Pengguna media sosial sekarang mesti ramai yang kenal dengan cikgu matematik yang dikenali sebagai Sir Fathi dan Sir Uzairi kan? Mereka dikenali dengan gaya mengajarnya yang bersahaja dan juga memudahkan pelajar.
Cikgu-cikgu itu semakin dikenali lepas kerap kongsikan tips dan cara untuk menjawab soalan kira-kira sewaktu pelajar terpaksa belajar secara open distance learning (ODL) disebabkan oleh pandemik yang melanda negara kita.
Sebabkan sambutan itu juga, ramai yang seronok dan terhibur dengan cara mereka menyampaikan sesuatu cerita. Seperti dalam video TikTok menerusi akaun @guinelysia, dia kongsikan video kompilasi Instagram story milik Sir Fathi @fathihussein pergi ke satu rumah hantu bersama Sir Uzairi @uzairitaib (Kawannya Bin Mohd Taib).
Difahamkan ‘kawannya’ akan menggunakan nama tersebut selama 14 hari… Hihi…
Dalam video itu, Sir Fathi merakamkan situasi yang menghiburkan kerana menggunakan kawasan rumah hantu itu seakan-akan di taman permainan atau pameran sahaja. Oleh disebabkan itu, ramai yang memberi komen di video berkenaan.
“Tak jadi nak takutlah kalau masuk rumah hantu macam ni” – Netizen
Ternyata ramai yang turut terhibur kerana aksi yang ditunjukkan oleh cikgu-cikgu itu bersama kerana mereka juga tidak menyangkakan kedua-dua cikgu itu boleh ‘bermain’ dengan selamba siap boleh bergelak tawa.
Rumah hantu boleh didapati di funfair dan ‘hantu-hantu’nya juga boleh dikatakan menyeramkan bagi orang penakut sehingga ada yang sanggup untuk tidak masuk ke dalam rumah hantu. Bagi rumah hantu yang dikunjungi oleh mereka berdua itu, tempat itu dipercayai terletak di Pulau Pinang.
Untuk tengok video penuh, korang semua boleh klik di sini.