in

“Bukannya bayar OT” – Pekerja ‘Sound’ Setepek Dekat Boss Minta Buat Kerja Tengah Malam

Ft Boss Kacau Staff Tengah Malam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja, pegangan itu patut ada kepada kita semua agar tidak sentiasa jadi mangsa kesempatan orang-orang atasan di syarikat kita bekerja. Perlu kena ada work-life balance untuk memulihara mental kita.


Kesnya kelmarin (27 April), ada satu perkongsian daripada Facebook oleh wanita yang dikenali sebagai Yen Nee ini tunjuk screenshot perbualan antaranya  dengan pengurus yang ganggunya pada pukul 11.53 malam untuk minta hantar report, menurut WORLD OFF BUZZ.

 

“1 & 2 Mei ni tak cuti. Juga, boleh tak awak hantar report secepat mungkin? Saya tahu dah melepasi waktu kerja tapi saya harap awak tak kisah, terima kasih.

Bengang permintaan boss, rakan kepada Yen Nee tolong balaskan mesej tersebut bagi membantu Yen Nee luahkan isi hatinya. Katanya..

“Hi boss, awak tahu tak pukul berapa sekarang? Awak sendiri hantar report tu dekat saya pukul 6.30 pm hari ini. 30 minit sebelum tu saya dah balik dah. Mestilah saya kisah. Dah pukul 12 malam kot.”

Malah, dia juga mempersoalkan sebarang manfaat jika bekerja lebih masa dan tidak bersetuju cara ini adalah untuk tunjuk komitmen dan usaha.

Boss Kacau Staff Tengah Malam

“Bukannya dapat OT pun, macam mana saya sanggup berikan masa saya lepas waktu kerja, boss?”

Memandangkan boss tersebut memandai-mandai kata waktu cuti umum tu kena masuk kerja (Hari Buruh), dia tegas dengan pendiriannya untuk tidak masuk kerja pada hari tersebut.

“Jangan main-main ya boss. Saya ada keluarga, kawan dan teman lelaki juga. Saya takkan pergi ke pejabat masa hari tersebut. Awak selalu minta saya pertimbangkan bahawa pejabat adalah rumah kedua saya. Awak sedar tak?”

Dia menamatkan perbualan itu dengan memberitahu boss dia bahawa dia tak dah kisah jika dia diberhentikan kerja seandainya itu kemahuannya.

“Apapun, memang dah tak ada guna kalau saya kekal kat sini. Selamat malam boss!”

Menurut Yen Nee, dia menjelaskan bahawa boss dia masih belum balas mesej tersebut. Agak-agaklah kan, kita pun ada kehidupan sendiri.

Baca : “Boss panggil sambung kerja” – Lelaki Pakai Pakaian Sama Dengan Pelayan Semasa Kenduri Buat Ramai Terhibur

Pelayan Mintak Tetamu Kerja

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.