in

“Bukan untuk bergembira tapi…” – Wanita Dalam Idah Boleh Keluar Mengundi PRN

mengundi balu idah dibolehkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Idah atau ‘iddah’ dalam Bahasa Arab bermaksud tempoh menunggu di mana ianya adalah tempoh masa yang akan dilalui oleh perempuan selepas perceraian atau kematian suami.

Hukum idah menurut syarak adalah wajib dan salah satu daripada pantang larangnya ialah seorang wanita tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam keadaan yang diperlukan seperti bekerja dan mendapatkan rawatan perubatan.


tempoh iddah bagi wanita

Wanita dalam idah boleh keluar mengundi PRN? 

Namun ada juga yang tertanya-tanya, wanita dalam idah bolehkah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan?

Menurut Buletin TV3, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata wanita dalam tempoh idah diharuskan untuk keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi PRN.

naim pc

Asas bagi konsep idah adalah isteri yang baru kematian suami atau balu berkabung dan tak keluar rumah bagi bergembira untuk menghormati arwah suaminya.

Dalam konteks pilihan raya menurutnya, balu terbabit keluar rumah bukan untuk bergembira sebaliknya bagi tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk memilih pemimpin negeri.

Sebagai warganegara, mereka (balu) ada kewajipan demokrasi untuk keluar rumah dan mengundi.

“Ini bermakna mereka keluar bukan untuk bergembira, tetapi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi.

“Cuma kita berharap, selepas selesai mengundi, balu terbabit perlu terus kembali ke rumah,” katanya.

undi awal re

Dalam pada itu juga, Mohd Na’im turut menasihati semua calon dan parti politik untuk tidak menghina serta menabur fitnah kepada pihak lawan ketika tempoh berkempen, sebaliknya tawarkan dasar yang bawa kebaikan kepada rakyat.

Baca: “Itu sekadar gurauan” – Baby Shima Tak Sangka Orang Ambil Serius Bertanding Di PRN

kj shima

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.