in

“Bukan tindakan dua darjat” – DBKL Perjelas Isu Kunci Tayar Bezza Tapi Lepaskan Kereta Mewah

Dbkl Kunci Tayar Bezza Tapi Lepaskan Kereta Mahal Dua Darjat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru tular satu rakaman memaparkan seorang individu mempersoalkan tindakan penguat kuasa bersikap double standard kerana hanya memilih kereta ‘biasa’ untuk dikenakan tindakan.

Pengguna TikTok itu mendakwa anggota yang menjalankan tugas di situ tidak mengenakan tindakan kepada kereta mewah yang turut melakukan kesalahan sama iaitu meletakkan kenderaan di tepi jalan atau bukan di dalam petak parkir.


“Kunci roda kenderaan Bezza tetapi tidak mengenakan tindakan sama terhadap kereta mewah. Mohon pihak penguat kuasa berikan penjelasan. Untuk makluman, kami sudah membayar denda yang dikenakan,” tulisnya.

@thenshijin

People with money can break rules 🕺🏻 #dbkl #kualalumpur #malaysia #dewanbandarayakualalumpur

♬ original sound – Clinton – Clinton

Artikel berkaitan: “Apsal tak saman lori sebelah juga?” Kereta Kena Clamp, Lana Nordin Berang Penguat Kuasa Pilih Kasih

DBKL kapit tayar ikut SOP

Terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pasukan penguat kuasa mengapit tayar kenderaan adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas dan konsisten tanpa ‘pertimbangan khas’ untuk sesiapa pun.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, kejadian tular itu berlaku pada 11 November lalu di sekitar Jalan Telawi 1,3 dan 4, Bangsar.

“Bagi yang mungkin kurang jelas dengan kronologi, tindakan notis dan kapit roda ke atas kereta Bezza dilakukan pada jam 1.09 petang, manakala pembukaan kapit dilakukan pada jam 1.30 petang di Jalan Telawi 4, berdekatan Q Bistro,” katanya.

Jelas DBKL, beberapa kenderaan lain terlepas daripada dikunci tayar kerana terdapat pemandu di dalam kereta berkenaan.

“SOP DBKL menetapkan bahawa tindakan kapit roda tidak boleh dikenakan ke atas kenderaan yang mempunyai pemandu di dalamnya.

“Justeru, petugas kami telah mengarahkan agar pemilik kenderaan yang berada di dalam kenderaan untuk mengalihkan kenderaan mereka dari lokasi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, DBKL menegaskan bahawa pihaknya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keadilan tanpa dwi-standard.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.