Pantai antara lokasi tumpuan untuk healing bagi anak muda zaman sekarang. Suasana yang tenang di pantai ditambah pula dapat melihat matahari tenggelam (untuk sebahagian pantai) dijadikan sebagai tempat untuk menenangkan diri.
Namun, ketenangan tersebut boleh terbantut jika kita sendiri rasa tidak puas hati dengan kemudahan yang disediakan.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @MurMur_travel_n_tour berkongsi sebuah video yang menunjukkan gambar meja dan kerusi di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah memaparkan harga yang perlu dibayar untuk duduk di situ.
Artikel berkaitan: “Sunset paling ohsem” – 3 Kali Gagal, Jurugambar Kongsi Momen ‘Buru’ Matahari Terbenam Antara KLCC
Artikel berkaitan: “Janji RM70, tiba-tiba minta RM350” – Pengguna Dakwa Dikenakan Cas Tak Masuk Akal Naik Bot Di PD
Dalam video itu, harga yang dikenakan berbeza iaitu RM15 dan RM20 mengikut saiz meja dan kerusi yang disediakan. Difahamkan, kawasan tersebut merupakan spot cantik untuk melihat matahari terbenam.
“No komen. Nak tengok sunset kan? Kenalah berkorban sikit,” tulis pemilik video.
@murmur_travel_n_tour No komen. nak tgok sunset kan. kena la berkorban sikit #fyp #tgaru #tanjungarubeach #beach #sunset
Dapat dilihat, segelintir pengunjung di pantai popular itu lebih rela duduk di lantai dan kawasan berpasir berbanding duduk di meja dan kerusi yang disediakan.
Rata-rata yang melihat perkongsian video itu terkejut melihat harga yang dikenakan, ada juga menganggap harga tempat duduk itu tidak masuk akal.
Bagaimanapun, ada yang mendakwa kawasan itu adalah tanah persendirian, jadi terpulang kepada pemilik untuk mengenakan caj sebegitu. Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah terkena ketika berkunjung di pantai berkenaan.
Korang rasa berbaloi ke caj yang dikenakan tu?
Sumber: TikTok