in

“Bukan tekan brek, tapi tertekan minyak” – [VIDEO] Terlalu ‘Nervous’ Masuk Kelas Memandu, Gadis Menangis Hampir Langgar Cikgu

Drive Fi Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin faham, mula-mula belajar bawa kereta mesti akan nervous punya kan?

Sama cerita macam gadis dalam video TikTok milik @ilykeneka ni, dia sampai menangis sebab terlampau nervous masuk kelas memandu.


Dalam video itu, gadis tersebut memberitahu bahawa dia terlampau takut sebab hampir terlanggar cikgu di sekolah memandu tersebut. Walaubagaimanapun, cikgu itu sempat mengelak dan menasihati dia untuk lebih berhati-hati ketika memandu.

@ilykeneko

idk bout yall but id be crying everytime my driving class ends. good times #fypシ

♬ original sound – Amir Yass

“Saya tertekan minyak dan bukannya brek. Saya hampir terlanggar cikgu”

Dia turut berkongsi juga nota yang telahpun dicatat dalam simpanan sebagai persediaan untuk mula memandu, tapi tak apa lah, malang tak berbau kan? 

Di ruangan komen, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengambil lesen kereta dan menyatakan bahawa gadis itu tdak keseorangan kerana mereka juga pernah merasa nervous setiap kali memandu kereta.

Komen Drive One Latest Blur 2 Komen Latest Blur 1

Menurut mstar, gadis yang bernama Irdina Ahmad Nazri itu memberitahu bahawa video yang dimuat naik di TikTok itu rupa-rupanya throwback kenangan dia ke kelas memandu. Dia juga memberitahu punca sebenar insiden itu berlaku kerana memandu dalam perut kosong.

Gadis itu terpaksa menangguh ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalanraya yang dijadualkan  pada Julai lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harap mereka yang nak ambil ujian memandu tak lama lagi tu janganlah stress-stress ye. Tenang je tau.

Baca: “Mandi pon boleh drive thru skang” – [VIDEO] Gelagat Lelaki Datang Cuci Moto, Buat Netizen Terbahak

Baca Drive

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.