Biasalah kalau dah jadi artis ni, perkembangan mereka dalam karier pasti akan dilihat oleh netizen. Apabila timbul masalah yang berkait sehingga menyebabkan ramai netizen berspekulasi, artis itu perlu membuat kenyataan rasmi untuk menjernihkan keadaan.
Baru-baru ini penyanyi popular, Shila Amzah telah memuat naik satu hantaran di IG Story dan menjelaskan kepada umum mengenai benjolan yang ada pada dahi anaknya, Seth Uwais
“Member sudah ada benjol..”
Jelas Shila dalam IG Story tersebut, anaknya seorang yang lasak di sekolah ketika bermain dengan kawan-kawan sehingga ada kesan benjol di dahi, lebam di pipi, kaki dan tangan.
Dia budak lelaki, pergi sekolah..memang ada lebam dekat pipi, kaki, terhantuk lebam kat tangan. Fight-fight dengan budak..
Artikel berkaitan: “Yang penting Seth gembira” – Shila Amzah Tenang Jawab Pertanyaan Netizen Berkenaan Bekas Suami
Artikel berkaitan: Keluarga Cari Rumah Baharu Tanpa Pengetahuan, Shila Amzah Pilih Tak Nak Masuk Campur
Tambah Shila, dia menafikan dirinya dan suami, Ubai tidak pandai menjaga Seth Uwais yang berusia 5 tahun itu.
Nanti nampak dalam video Seth ada benjol dekat dahi bukan pasal Mama dan Papa tak reti jaga Seth.
Asalkan anak aktif dan gembira
Kata penyanyi tersebut, dia membuat kenyataan itu untuk mengelakkan sebarang tuduhan yang timbul daripada mulut netizen. Dia juga lebih mementingkan keadaan Seth yang kelihatan ceria dan sihat.
Jadinya, untuk yang berkenaan, jangan nak cakap Sha dengan Ubai tak pandai jaga anak pulak okay. Biasalah anak lelaki lasak. Yang penting dia aktif dan sihat. See, he is happy.
Untuk rekod, sebelum ini Shila Amzah pernah berkahwin dengan bekas suaminya dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. Namun, mereka bercerai pada bulan April 2018 dan Shila berkahwin buat kali kedua bersama Ubai pada Ogos 2023.
Biasalah kan budak lelaki.. memang lasak.. asalkan Seth happy dengan mama papa.
Sumber: Instagram