in

“Bukan sebab nak tunjuk2” – Hijabis Warnakan Rambut Dipertikai Netizen, Gadis Ini Beri Respon

Wanita Suka Warnakan Rambut Hijabis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah seorang wanita sukakan perkara yang cantik, ingin berhias serta melawa.

Walaupun memakai tudung, ada juga di kalangan wanita ini menyimpan hasrat untuk mewarnakan rambut meskipun ia tidak dapat dilihat orang lain di luar sana.


 

“Apa gunanya warnakan rambut kita…? Rambut awak pun terselindung (dengan tudung)” 

Pun begitu, baru-baru ini berbangkit satu isu di TikTok apabila seorang wanita dikecam kerana menyatakan minatnya suka mewarnakan rambut walaupun dia bertudung.

Menerusi perkongsian @nunnajmeen di Twitter, dia telah memuat naik satu komen di TikTok yang diterima dari seorang netizen yang berbunyi seperti di bawah,

Apa gunanya warnakan rambut kalau sebaliknya kita boleh pakai tudung yang berwarna? Rambut awak pun terselindung…” 

 

“Bukan sebab nak tayang ke apa tapi…” 

Nun Najmeen kemudian menjawab persoalan netizen berkenaan dalam satu video TikTok yang mengatakan bahawa tujuan dia mewarnakan rambut hanyalah untuk memuaskan hati sendiri semata-mata.

Meskipun rambut yang diwarnakan tidak dapat dilihat oleh sesiapa, perbuatan itu dianggap sebagai satu terapi diri dan cara dia menyayangi dirinya sendiri.

Pada masa yang sama, gadis ini juga menjelaskan bahawa pewarna rambut yang digunakannya telah disahkan halal oleh panel syariah, sah wuduk, sah solat, sah mandi wajib dan juga telus air.

@nunnajmeen

Reply to @reyyyy_l that’s a good question! #haircolor #pewarnarambut #sahwudhu #meenshairtips

♬ Elevator Music – Bohoman

 

“Eh suka hati kitalah, rambut kita” 

Video berkenaan telah mendapat sokongan wanita lain yang setuju dengan apa yang diperkatakan gadis itu.

Ramai yang mengatakan ia telah menjadi lumrah para wanita untuk berhias demi memuaskan hati sendiri dan bukannya untuk ditayangkan kepada sesiapa.

Rambut

Bagi admin apa-apa yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syariah tak menjadi masalah. Kalau yang dah berkahwin, mesti suami suka tengok isteri dia pandai berhias. 

Baca: “Sedap rupanya strawberi” – Wanita Hanya Makan Kerepek Selama 23 Tahun, Terkejut Rasa Keenakan Makanan Lain

Kerepek

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.