Baru-baru ini, bekas isteri kepada pengacara Datuk AC Mizal menyambut menantu baru setelah anak kedua Shafnie Zainudin menamatkan zaman bujangnya pada 11 November lalu di Ipoh.
Dalam pada itu, Shafnie mengatakan kepada mStar bahawa tangisan anaknya, Shabil Iman yang tular di media sosial itu adalah disebabkan rasa sayu kerana ingin melangkah kehidupan baru.
Artikel Berkaitan : “Tutup wifi, aircond semua” – Mahu Pekerja Balik On Time, AC Mizal ‘Halau’ Pekerja Pulang
Artikel Berkaitan : “Inspektor Mazlan undercover kot…” – [VIDEO] Aksi ‘Kembar’ AC Mizal Bergelek Sakan Buat Netizen Berdekah
“Biasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan baru kan?”
“Tapi ia lebih kepada tangisan bahagian, anak pula sebak kerana rapat dengan saya.”
Ia sekaligus menepis dakwaan di media sosial yang kononnya pengantin lelaki menangis disebabkan bapa kandung, AC Mizal tidak hadirkan diri pada majlis istimewa itu. Jelas Shafnie, dia tak tahu sangat pasal kisah cinta anaknya itu pada mulanya.
https://www.tiktok.com/@acmizal7/video/7300118970735136001?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=beautifulnara.com%2F&referer_video_id=7300118970735136001
“Kisah cinta mereka saya tak tahu sangat sebab bila dah betul-betul jadi, baru mereka jumpa saya.”
Dalam pada itu, Shafnie juga menegaskan bahawa dia tidak berasa sunyi kerana mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya dengan AC Mizal selepas dirinya berpisah dengan pengacara terkenal itu.
Malah, Shafnie yang juga bekas model dan pengacara TV pelik kerana kisahnya kembali menjadi bualan sedangkan dia telah lama meninggalkan dunia hiburan.
Sebagai rujukan, Shafnie dan AC Mizal berkahwin pada 24 Jun 1995 dan bercerai pada 17 Oktober 2001, mereka dikurnuakan dua orang anak iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman yang kedua-duanya kini menempa kerjaya sebagai seorang guru.
Shafnie kemudian mendirikan umah tangga baharu pada 2014 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan kini berusia 8 tahun.
Sumber : mStar Online