Seorang wanita dirakam melakukan khianat dengan merosakkan hos bomba di sebuah bangunan yang dipercayai perumahan penduduk dekat Semenyih, Selangor.
Seeorang penduduk berkongsi rakaman itu di laman di TikTok, memaparkan wanita terbabit membawa alat pemotong kabel dan memotong peralatan kecemasan itu selepas berjaya mengalihkan perhatian pengawal keselamatan.
Menurutnya, perbuatan itu dilakukan secara terancang melibatkan dua individu. Seorang lagi individu yang tidak kelihatan dalam rakaman tersebut melakukan kerja menarik perhatian pegawai keselamatan di situ.
Artikel berkaitan: 2 Kanak-kanak Ditangkap Kerana Cuba Curi Durian Undang Perbalahan Netizen
Artikel berkaitan: 5 Individu Curi Penapis Air, Cari Pembeli Di Media Sosial
Katanya, kejadian berlaku pada siang hari dan kedua-dua wanita itu akan bertukar peranan melakukan perbuatan khianat tersebut.
“Bukan satu, bukan dua… tapi 4 level hos bomba dia potong.
“Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati-mati ingatkan budak yang main. Memang tak perasan langsung, bayangkan kalau ada kecemasan masa tu,” ujarnya.
Perkara itu memberi kebimbangan kepada penduduk kerana dikhuatiri akan menyukarkan kerja memadam api oleh pihak bomba sekiranya berlaku kebakaran di kawasan berkenaan.
Perkongsian video itu turut membuatkan pengguna media sosial marah dan mempersoalkan mengenai motif wanita terbabit memotong hos kebakaran di situ.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih atau Polis Daerah Kajang.
Sumber: TikTok