Biasanya kalau kita nak melamar bakal peneman hidup pastinya kita akan tunjukkan sebentuk cincin kepadanya sebagai simbolik suasana romantik pada waktu itu.
Masa ni biasanya si lelaki mesti akan berhempas pulas cari cincin yang cantik dan berharga. Sanggup push sikit beli yang bernilai demi yang tersayang ikut tahap kemampuan.
Beli cincin dekat online shopping
Tapi lain pula dengan kes wanita dari Amerika Syarikat ni, dia terkilan bila dapat tahu cincin yang dia dapat untuk lamaran tu dibeli dengan harga £15 (RM 80) dekat online shopping.
Isu ni bukan lah nak katakan yang dia teringin cincin harga ribuan dollar cuma….Baca dulu luahan si bakal pengantin.
Lapor The Sun, menerusi media sosial Reddit, wanita itu ada buat satu luahan mengenai kegembiraannya di lamar oleh teman lelakinya beberapa minggu lalu setelah menjalinkan ikatan cinta selama 3 tahun.

Teruja dengan lamaran yang disertakan sebentuk cincin perak bertakhtakan batu permata jenis cubic zirconia, wanita tersebut terus berkata ya dek kerana terlalu teruja dengan suasana romantis pada waktu itu.
Sudah semestinya dia gembira tengok cincin lamaran tu dan pasti ia nampak lawa dan memukau.
Dalam luahan itu, lepas dilamar, teman lelaki ada ceritakan dekat dia yang pemuda itu pelik sebab ada kawannya pergi propose teman wanitanya dengan cincin harga USD 3,500 (RM 14,460.60) sebab membazir.
Lepastu wanita tersebut jadi terkejut lepas lelaki tersebut cakap.
“Saya belikan cincin untuk awak ni kat Amazon dengan harga £15 (RM 80) je, saya gembira yang awak ni bukan jenis ambil kisah pasal harga cincin”
Sentap dengar apa yang teman lelakinya cakap, dia tak tahu nak bagi respon macam mana. Menurut wanita tersebut, tergamam dengan perangai teman lelakinya sebab tak pernah dengar orang melamar dengan harga cincin semurah itu.
Bukan nak harga ribuan, tapi….

Bagaimanapun, seperti yang di katakan tadi, wanita itu bukanlah mengharapkan cincin yang mahal, tapi sekurang-kurangnya biarlah ada nilai, harga yang beratus pun tak apa.
Apa yang membuatkan wanita itu terkilan lagi kerjaya mereka berdua agak baik, teman lelakinya itu bekerja dalam bidang teknologi.
“Ia membuatkan saya berasa sedih sebab cincin melambangkan komitmennya kepada saya tu nilainya tak sampai permainan video baru pun.”
Sungguhpun terkejut dengan harga cincin tu, wanita ini masih sayang dan teruja untuk berkahwin dengan pasangannya, dia cuma rasa terganggu dengan cara teman lelakinya itu.
Luahan yang dia kongsikan itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang kecam lelaki tersebut sebab ambil kesempatan terhadap sikap murni wanita ini dengan belikan cincin yang terlalu murah.
Ada juga yang menjelaskan yang nilai itu ada dalam pelbagai bentuk bukan dari segi harga cincin.
Apapun, mungkin dari segi cincin dia bagi murah, tapi komitmen bila dah kahwin nanti bagus siapa tahu? Tapi kalau awal-awal dah kedekut macam ni, kahwin nanti macam mana? Hmm, entahlah apapun berbalik kepada jodoh.