in

“Bukan main, dah macam gelongsor” – [VIDEO] Satu Keluarga Babi Hutan Masuk Bandar, Seronok Mandi Manda di Kolam Air Pancut

weeeeee babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu pergi zoo kita seronok tengok haiwan-haiwan dekat sana kan? Ada yang dalam sangkar, ada yang dalam kolam tapi kali ni lain daripada yang lain sebab manusia pula yang jadi penonton. Aik?

Sekumpulan babi hutan dirakam berlegar di kawasan bandar, lebih tepat lagi di kawasan kolam air terjun depan Bangunan Bank of China di Garden Road, Hong Kong.


Melalui gambar dan beberapa video yang dimuat naik di media sosial, keluarga babi hutan berkenaan dilihat seperti ‘bersiar-siar’ di tengah bandar tersebut.

Seekor daripada haiwan tersebut dilihat tergelincir dan nampak seolah-olah seperti sedang bermain gelongsor. Selain berlegar di situ, keluarga babi hutan kemudian turut dirakam berendam dan bermandi-manda di dalam kolam air pancut depan bangunan itu.

 

Melalui gambar yang dimuat naik di Facebook, pengawal keselamatan dan beberapa orang awam dilihat berada di tepi dan berdekatan kolam berkenaan sambil menjadi penonton babi hutan itu sedang bermandi manda.

Malah, pengawal keselamatan tersebut dilihat memegang telefon bimbit di tangan kanan seperti sedang merakamkan kejadian itu sementara tangan kirinya memegang walkie talkie.

babi1

Baca: “PDRM sila tangkap gajah ini sebab ceroboh kedai”- [Video] Viral Gajah Masuk Kedai di RnR Cari Makanan

Untitled design

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.