in

Bukan Kopi T20 Tapi Sedap Giler! Ini 5 Brand Kopi Lokal Yang Korang Kena Cuba

2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengenai isu Palestin masa kini, ramai orang yang cuba untuk memboikot jenama-jenama yang menyokong Israel sebagai tanda solidariti terhadap Palestin. Memang tak sangka, banyak barangan tak kira produk kecantikan atau pakaian yang popular menyebelahi negara itu termasuklah brand kopi terkenal.

Ekoran ini, kecoh di media sosial apabila ramai ‘coffee lovers’ yang sedang mencari kopi lokal yang sedap bagi menggantikan jenama luar negara yang menyokong Israel. Disebabkan ini, pada artikel kali ini min nak share beberapa kopi tempatan yang memang sedap dan yang paling penting, harga pun lebih murah. Confirm rugi kalau korang tak cuba!


1. Kopi Dua Darjat

Kopi

Dari gambar pun mesti dah terliur kan? Kopi Dua Darjat ni merupakan hasil dua orang sahabat iaitu Syed Abdul Hadi Syed Hamzah dan Azad Azmy. Pada awalnya, mereka berdua mengalami masalah kewangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika wabak COVID-19 melanda negara.

Dari situ, tercetuslah idea untuk buat brand kopi yang dapat perhatian ramai tau! Uniknya, minuman ni diperbuat daripada kopi kampung dalam negara namun, diberi rasa moden dengan menambah pelbagai perisa seperti karamel dan vanila. Kalau soal harga memang berpatutan sangat dengan purata antara RM3 hingga RM6 sahaja.

Sehingga kini, Kopi Dua Darjat telah berkembang sehingga 53 cawangan di seluruh Malaysia yang korang boleh cari.

Artikel berkaitan: “Nasib ada hidden camera” – Letak Peluntur Dalam Kopi, Wanita Tergamak Racun Suami Sebab Nak Insurans

2. Kopi Saigon

Saigon

Siapa yang tak kenal dengan Kopi Saigon yang setanding dengan jenama luar negara ni? Ianya merupakan jenama tempatan namun memperkenalkan kopi dari Vietnam kepada masyarakat. Sebenarnya, Saigon diambil daripada nama lama bagi bandar Ho Chi Minh di Vietnam.

Menariknya, jenama ini menggunakan biji kopi premium jenis Robusta yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah halal untuk diminum. Ia dihasilkan dengan kaedah ‘dripping‘ menggunakan Phin Filter. Kalau korang nak tahu, teknik tradisional ini telah digunakan orang Vietnam buat berkurun lamanya.

Sebab itulah, kopi ni rasa sama macam dari tempat asalnya! Antara menu yang korang wajib cuba ialah, Kopi Charcoal, Kopi Kelapa dan Kopi Mocha.

3. Kopi Kisah Kita

Kisah Kita

Kopi yang ni memang sesuai diminum masa zaman percintaan korang! Sebabnya, dari nama je dah rasa romantik, apatah lagi bila dah sampai dalam tekak. Walaupun kopi asalnya pahit, tapi korang boleh jumpa pelbagai kenangan manis tau dalam menu.

Brand ni bukan je terkenal dengan kesedapannya, namun juga dengan nama-nama kopi unik yang dihidangkan. Sebagai contoh, ada Kopi Nostalgia dan Kopi Jarak Jauh. Tapi, kalau korang tengah broken, min cadangkan Kopi Harapan Palsu dan Kopi .Lih Dia.

Memang menusuk kalbu, sesuailah dengan tagline jenama lokal ini. 

Artikel berkaitan: “Awak jangan kacau periuk nasi orang” – Dituduh Sombong, Kieda Crepe Ada Isu Dengan Abang Kopi?

4. Kopi Senget 

Kopi Senget 4

Jangan risau, korang tak akan jadi senget kalau minum kopi ni. Sebaliknya, nama ‘Senget’ ni diambil daripada kafenya yang dibina agak senget. Ia diusahakan oleh seorang graduan dari UiTM dengan tujuan memperkenalkan penduduk kampung tentang kenikmatan kopi.

Kafenya hanya terletak di halaman rumah di Telok Panglima Garang, Selangor. Dengan hiasan yang minimalis serta tempat yang cantik untuk tangkap gambar, pasti menambah kelazatan kopi ini buat pengunjung yang datang.

Ia juga menyediakan makanan seperti nasi lemak, pastri dan juga kek untuk dirasa. Jadi, memang sesuailah untuk korang bersarapan di sini.

5. San Francisco Coffee

San Francisco Coffee Special Deal With Citibank

Korang jangan keliru sebab walaupun namanya San Francisco, ianya diasaskan di Malaysia tau! Bukan tu je, ia dikira sebagai ‘otai’ dalam perniagaan kopi sejak pertama kali ditubuhkan pada 1997 di Petaling Jaya.

Keunikan rasa asli dan budaya kopi San Francisco membuatkan ia bertahan lama di pasaran. Dengan penggunaan biji Arabica terpilih, ia menjanjikan rasa kopi buatan tangan yang jarang ada di Malaysia. Antara menunya ialah, Caffe Latte dan Cappucino.

Setakat ini, terdapat 33 cawangannya di sekitar Lembah Klang yang korang boleh pergi untuk menikmati kopi ini.

Sumber: Surgaroute, TheRakyatPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.