Mungkin pada mata sesetengah orang, mereka yang dilahirkan istimewa ini mempunyai banyak kekurangan kerana tidak seperti manusia biasa. Namun, setiap kekurangan itu pasti ada kelebihan yang Tuhan berikan untuk diri mereka.
Salah satu kisah yang berjaya membuka mata orang ramai apabila seorang pelajar perempuan yang menghidap disleksia dan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) telah berjaya meraih anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya.
“Kekurangan bukan penghalang”
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelajar yang bernama Marissa itu berada di dalam dewan untuk menerima anugerah kecemerlangan. Minat dalam seni lukisan, Marissa dilihat sedang sibuk melukis kartun pada tablet miliknya sementara menunggu namanya dipanggil untuk naik ke pentas.
Artikel berkaitan: “Doakan kami” – Shila Amzah Dedah Anak Sulung Hidap Autisme
Artikel berkaitan: “Dia tak fasih BM’ – Datin Shahida Perjelas Sebab Qadejah Cakap ‘English’, Rupanya Ada Disleksia
Alhamdulillah. Tahniah buat si Jari Marissa.. label ‘Disleksia dan ADHD’ bukan halangan. Terima kasih buat semua yang mendoakan kejayaan Marissa. Sebelum naik pentas, dia sempat lagi mencalit.
Bangga dengan kejayaan anak, ibu Marissa yang gemar berkongsi tentang kelebihan anaknya itu di TikTok turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan Marissa.
Hari ni Marissa dapat anugerah kecemerlangan akademik. Disleksia atau tak selagi ada usaha, kemahuan… InsyaAllah akan ada kejayaan. Jauh lagi perjalanan Marissa. Semoga terus melakar kejayaan. Buktikan Disleksia bukan kelemahan.
@jarimarissa Alhamdulillah..Marissa percaya anugerah ni adalah doa² dari orang baik² yang sentiasa doakan kejayaan marissa..terima kasih semua..insyaAllah Marissa akan terus berusaha lagi..❤️ #budakdislexia #anugerahakademik #kekuranganbukanhalangan #digitalartist #animeart #budakcalit #inspired #fyppppppppppppppppppppppp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kelebihan Marissa sehingga menjadi pelajar cemerlang dan turut menceritakan pengalaman mempunyai ahli keluarga yang menghidap disleksia dan ADHD.
Menurut portal MYHEALTH, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan masalah tumpuan dan bersifat amat aktif pada masa yang sama. Namun, ia berlaku sama ada kanak-kanak itu bersifat hiperaktif sahaja atau bermasalah tumpuan sahaja.
Bagi disleksia pula, ia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang mana seseorang itu mempunyai kesukaran untuk menguasai pembelajaran walaupun sudah memberikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar.
Yang penting kita support minat mereka!