in

“Bukan Jumaat atau Sabtu” – Sebahagian Umat Islam Di Yogyakarta Raya Hari Khamis

Yogyakarta Raya Awal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam di Malaysia kini sedang menunggu pengumuman Hari Raya Aidilfitri yang berkemungkinan jatuh pada Jumaat (21 April) atau Sabtu (22 April).

Pada ketika kita masih menanti, umat Islam di Aolia, Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta telah melaksanakan solat sunat Aidilfitri pada hari Khamis (20 April) dan diadakan di Kompleks Masjid Aolia Panggang III, Giriharjo, Panggang.


Menurut laporan Kompas, ratusan jemaah mula membanjiri masjid tersebut sejak jam 6.30 pagi tadi.

Sebilangan anggota polis dan Barisan Anggota Serbaguna turut serta mengawal lalu lintas, kerana masjid ini terletak di tepi jalan besar, malah ada jemaah yang solat di tepi jalan.

Selain itu, sejumlah masjid lain di Panggang turut mengadakan solat sunat hari raya dan perkara ini disahkan oleh Dusun Warak, Kelurahan Girisekar, Sudarsman. Beliau berkata penduduk RT 001 hingga 005 akan mengadakan solat sunat Aidilfitri hari ini.

“Secara keseluruhan di sini (Dusun Warak) terdapat sekitar 350 orang yang menyambut Aidilfitri dahulu. Saya juga antara yang menyambut awal.” katanya.

Menurutnya lagi, mereka berpuasa selama 29 hari bermula 22 Mac lalu yang juga sehari lebih awal daripada penduduk Malaysia.

Difahamkan, pada hari Rabu selepas waktu Maghrib, laungan takbir raya telah bergema di kawasan tersebut.

Betul-betul awal ni…

Baca: Mufti Selangor Kata Puasa Genap 30 Hari, Pusat Astronomi Jangka 1 Syawal Pada 21 April

Ft Syawal 2023

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.