Hajat seorang lelaki ingin menjadi seorang bapa menjadi kelam kerana tidak sempat melihat cahaya matanya apabila bayi dalam kandungan isterinya itu tidak dapat diselamatkan akibat pendarahan.
Menurut lelaki yang lebih dikenali sebagai Ayie ini, dia dan isterinya yang menetap di kawasan yang dikenakan PKPD itu adalah penyebab dia sukar berurusan saat isterinya mengalami pendarahan itu, ikuti kisahnya yang dikongsikan saat dia dihubungi oleh In Real Life.
Ini adalah kandungan kedua, yang pertama tak ada rezeki
Mengikut perkongsian, Ayie bekerja sebagai seorang pemandu dan isterinya bekerja sebagai seorang admin. Mereka tinggal bersama di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dimana tempat ini dikenakan PKPD sejak 3 Julai lepas.
Isterinya disahkan hamil pada Mei 2021 dan kini dia berada di dalam terimester pertama. Ini adalah kandungan keduanya, yang pertama tahun lepas pramatang dan alami keguguran. Memandangkan kandungan untuk kali ini berisiko tinggi, mereka kena rajin buat follow up dengan doktor.
“Hari Selasa, 29 Jun lepas, kami ada pergi ke klinik berhampiran kerana isteri saya ada spotting (pendarahan). Pada waktu itu belum PKPD lagi, jadi kami boleh pergi ke klinik tanpa sebarang isu.”
Mereka diberikan ubat dan stok ubat itu bertahan selama seminggu untuk menghentikan pendarahan itu.
Kalau masih ada spotting lagi, you mesti kena datang cepat-cepat, sebab emergency.” – Kata doktor kepada pasangan ini.
Tiba-tiba tempat yang mereka tinggal dikenakan PKPD bermula hari Sabtu, 3 Julai 2021 lepas. Pihak polis datang untuk memasang kawad besi, di kawasan perumahannya.
“Isteri tetap masih alami pendarahan, tetapi polis tak bagi keluar sebab tak dikira hal kecemasan”
Selasa jam 12.30, Ayie pergi ke khemah polis dan memberitahu keadaan isterinya yang alami pendarahan dan perlu dibawa ke klinik secepat mungkin.
“Saya ada appointment”, katanya sambil menunjukkan kad temujanji seperti dalam gambar diatas.
“Kita tak boleh benarkan, sebab bukan emergency”, balas pegawai polis wanita yang bertugas.
“Ini ialah emergency”, kata ayie lagi.
Oleh sebab itu, polis tersebut memberikan dia nombor Medical Mobile Team (MMT).
Ayie segera menghubungi MMT dan menjelaskan situasi mereka agar pihak MMT dapat menghantar ambulans kepadanya. Hal ini kerana mereka tidak dibenarkan keluar melainkan ada van ambulans.
Namun, mereka dihantar untuk pemeriksaan dengan doktor yang lain daripada doktor yang kendalikan pemeriksaan kandungan isterinya sebelum ini.
“Kami menunggu sampai 2 jam. Saya kerap tanya polis bila van nak sampai.”
“Tunggu la sekejap lagi, van KKM akan datang pick up,” balas polis kepada pertanyaan Ayie.
Namun begitu, van tak kunjung tiba sampai 3 jam. Waktu ini mereka dah mula panik.
“Isteri saya alami pendarahan sejak pagi. Sekarang dah masuk tengah hari nak ke petang dah.”
Katanya sebelum ambulans sampai pada jam 3.30 petang. Sampai sahaja, mereka masih kena tunggu.
“Diaorang naik atas untuk check tekanan darah dan kongsikan keputusan ujian saringan sehari sebelumnya, dan ianya negatif.”
Ketika mereka dalam perjalanan, Ayie ada tanya soalan kepada pihak ambulans :
“Nak bawa kita pergi mana? Saya ada appointment dengan klinik swasta.”
Namun pihak ambulans menjawab :
“Tak boleh, tidak dibenarkan, urusan dengan klinik swasta tak boleh, hanya doktor kerajaan boleh scan kandungan wife kamu.”
Disebabkan mereka tiada pilihan, mereka akur dan ikut ambulan ke sebuah hospital kerajaan ini (nama hospital disulitkan).
Dihantar dekat lokasi lain sebab hospital kerajaan dah penuh
Ketika dalam perjalanan mereka ke hospital tersebut, tiba-tiba ambulans singgah ke sebuah Klinik Kesihatan (nama disulitkan.)
“Kita kat mana ni.”
“Sekejap, kita akan isi borang, baru pergi hospital.”
Mereka menunggu sangat lama sampaikan ada doktor dari klinik tersebut nampak dan memberitahu Ayie bahawa doktor itu telah menghubungi hospital tersebut, katanya hospital kerajaan yang mereka akan dibawa itu sedang kendalikan banyak kes dan kes ini ‘normal’ dan ‘tak serius’.
Kata doktor itu lagi, jika masih terlalu banyak pendarahan, mereka perlu hubungi 999 untuk dihantar ke hospital.
“Kami terus dihantar ke rumah dengan tablet Folic Acid dan MC, tak ada sebarang ultrasound dibuat dan kami tak tahu baby ok ke tak.”
“Kami balik rumah, rasa pelik dan keliru. Kami tak dibenarkan buat imbasan, nak tambah ubat yang dah habis pun tak boleh. Waktu itu kami memang tak tahu baby ni ok atau tidak.”
Namun begitu pada malamnya, isteri Ayie mengalami pendarahan lagi.
Terpaksa hubungi klinik swasta, isteri mula rasa tak sedap hati
Mereka kemudiannya menghubungi doktor dari klinik swasta dan menceritakan keadaan mereka, doktor itu hairan dengan SOP yang diberikan dan pelik kenapa mereka tak boleh keluar untuk temujanji medikal.
“Doktor itu sangat baik sampai sanggup hantar ubat yang kami perlukan guna Lalamove.”
Walaubagaimanapun, isterinya rasa tak sedap hati. Jadi, Ayie terus pergi ke khemah polis sekali lagi dan tanya mereka jika ada kebenaran dapat keluar jumpa doktor.
“Kali ini mereka benarkan sebab kes emergency. Saya pun persoalkan lah mereka kenapa masa hari pertama kami beritahu hal ini kami tak dibenarkan padahal atas sebab yang sama.”
“Saya diberitahu yang pasukan polis yang jaga pada shift tersebut bukannya mereka, tapi dari pasukan lain. Polis itu juga memberitahu bahawa pasukan dan pegawai yang bertugas pada hari Selasa seharusnya membiarkan saya pergi kerana memang keadaan kecemasan.”
Jadi mereka akhirnya boleh pergi ke klinik swasta tersebut untuk mendapatkan ultrasound pada 3 hari selepas temujanji yang sepatutnya.
Doktor tak dapat detect heartbeat
Masa doktor imbas perut isteri saya dengan ultrasound, tak ada degupan jantung bayi.
Beberapa hari sebelumnya, kami mendengar degupan jantung anak kami yang belum lahir untuk pertama kalinya dan itu menggembirakan kami. Tidak pernah kita jangkakan hanya 10 hari kemudian kami tidak menjadi ibu bapa lagi.
Saya dan isteri mahukan pilihan kedua. Doktor merujuk kami ke pusat pakar untuk melakukan ultrasound intravaginal.
“Kami pergi ke pakar dan melakukan pemeriksaan semula, hasilnya hanya sama, tidak ada lagi degupan jantung. Bayi kami tidak lagi bersama kami.”
“Kami terkejut, memikirkan bagaimana ia terjadi?! Kami duduk dan dengar doktor yang menasihati kami pasal prosedur D&C harus dilakukan untuk “mencuci” bahagian dalam isteri saya untuk membuang anak saya yang belum lahir.”
Pilu mendengar khabar berita doktor, mereka rasa macam tak percaya.
“Kami perlahan-lahan mengambil keputusan kami dan berjalan ke kereta kami.”
“Kami berdua tidak percaya, air mata mengalir di wajah kami, tetapi saya terpaksa kuat untuknya dan memberitahunya bahawa semuanya akan baik-baik saja.”
Kata Ayie lagi, jauh dari sudut hatinya, dia rasa ini semua tidak adil.
Antara persoalan Ayie selepas kandungan tidak dapat diselamatkan
“Doktor di Klinik Kesihatan telah mengatakan bahawa kami tidak dibenarkan pergi ke klinik swasta, dan hanya mereka yang dapat menangani kes kami.”
“Mengapa kami tidak dibenarkan mengunjungi klinik swasta untuk temujanji susulan kami?”
“Doktor juga memberitahu kami bahawa kes isteri saya tidak serius, kecuali jika terdapat banyak darah atau pelepasan yang boleh kami hubungi 999 dan sabar menunggu ambulans tiba.”
“Mengapa polis wanita itu tidak membenarkan kami mengunjungi klinik ketika kami mempunyai temujanji?”
“Saya mempunyai banyak soalan tetapi belum ada yang mempunyai jawapan. Saya perlu mengetahui kebenarannya.”
Turun pergi khemah polis, polis hanya minta maaf
Selepas insiden tersebut, Ayie turun ke bawah dan berhadapan dengan polis, meminta mereka menjelaskan apa yang telah berlaku sebelum memberikan persoalan kepada mereka.
“Kenapa kamu semua buat macam ni? Patutnya kamu semua mesti bagi kita keluar dari mulanya!” Tanya Ayie dalam keadaan marah
“Kami dari pihak PDRM meminta maaf atas kesilapan.” Jawab polis
Pada hari Isnin, Ayie membuat laporan di balai polis. Secara kebetulan, itu adalah hari lahir isterinya.
“Semasa saya berada di balai membuat laporan, dia berada di pusat perubatan menjalani prosedur yang agak menyakitkan untuk membuang jenazah anak kami yang belum lahir. Itu adalah hari terburuk dalam hidup kami.”
Selain itu, Ayie juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Integrity Agensi Penguatkuasaan mengenai perkara ini.
Apa yang saya nak, saya takkan boleh dapat balik.”
Ketika membuat laporan, Ayie ditanya tujuan buat laporan ini dan adakah dia akan membuatkan tindakan selanjutnya.
Ayie cuma berharap agar perkara ini tidak akan terjadi kepada individu lain dan pihak berkuasa harus ambil tahu dan lakukan tindakan yang sepatutnya untuk memastikan individu tidak akan menghadapi situasi sukar sebegini, terutamanya ketika musim pandemik.
SOP PKPD
Menurut In Real Life, polis telah memulakan siasatan terhadap kisah ini dan tindakan akan diambil. Mereka seterusnya menasihati semua rakyat Malaysia agar tidak berkongsi maklumat yang tidak disahkan dan menunggu pengumuman rasmi yang dibuat oleh kerajaan berkenaan dengan SOP PKPD.
Baca : Annuar Musa Dituduh Langgar SOP, Warganet Kecam Lepas Tular Ciapan Lawat Pak Lah Ketika PKPD