in

“Bukan 10, 20 tahun baru tukar” – Rahsia ‘Kiswah Kaabah’ Bernilai Jutaan Ringgit Yang Ramai Tak Tahu

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari admin nak payung satu info yang mungkin ramai diantara kita yang masih tak tahu.

Setiap tahun, berjuta-juta umat islam dari seluruh dunia akan berkumpul dan membanjiri tanah suci Mekah bagi melakukan ibadah Haji dan Umrah.


Rukun Islam Kelima itu menjadi idaman seluruh umat islam bukan sahaja yang tua malah golongan muda turut mengimpikan untuk menjejakkan kaki di tanah suci.

Hajj 2018 Policy For Pakistani Muslims

Sudah menjadi kemestian bagi mereka yang ke tanah suci, akan melihat Kaligrafi Arab yang tersemat indah pada dinding kaabah.

Menurut khalifahmedia, Kiswah Kaabah merupakan kain dinding kaabah yang penuh dengan tulisan seni Arab namun ramai tidak menyedari atau mengetahui apa yang tertulis pada Kiswa tersebut.

Mungkin masih ada yang teragak-agak dan ‘clueless‘ apakah ayat yang tertulis indah pada Kiswah.

Bahagian Kiswah Yang Dikenali Sebagai Sitaar Pada Pintu Kaabah 993

Kilang Kiswah

Tapi bagi masyarakat yang tinggal di sekitar tanah suci, mereka pasti mengetahui ayat dan maksud yang terpampang indah pada dinding Kaabah tersebut yang ditenun dengan benang emas yang berkualiti tinggi.

Kat sini admin kongsikan, kepada korang kat luar sana especially yang belum ada pengalaman melihat Kiswah di depan mata.

La Illaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah..

Secara keseluruhannya, terdapat tiga baris Teks Mendatar yang ditulis di sisi Kiswa.

Kiswah Kaaba 7 May 2016

Baris pertama, ia ditulis Ya Allah dengan dua nama NYA iaitu Ya Hannan, di sebelah kanan dan Ya Mannan, di sebelah kiri.

Dalam baris kedua, anda akan melihat ayat syahadah, “La Illaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah” yang bermaksud “Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad SAW adalah utusan Allah”

Dalam baris terakhir pula adalah pujian yang diberikan kepada Allah, “SubhanAllah hi Wabihamdi hi SubhanAllah hil azeem”, yang bermaksud “Allah bebas dari segala jenis ketidaksempurnaan, dan semua pujian adalah untuk Allah.

Allah bebas dari sebarang ketidaksempurnaan, Allah adalah yang terbesar. “

Penghasilan Kiswah

Kiswa dari Sutera Hitam bersulam emas dan perak

Untuk makluman korang, Kiswah dihasilkan daripada kain Sutera Hitam bersulam benang emas dan perak yang berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang.

Menurut Bernama, Kiswah ni terdiri daripada lima lapisan kain, termasuk tirai yang menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta disulam kainnya, yang mengambil masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.

Coombi

Kiswah yang asal mempunyai 3 bahagian utama iaitu Sitaar (tirai) bagi pintu Kaabah, tirai dalaman Kaabah dan “Hizam” (tali pinggang Kaabah).

Kesemuanya diperbuat di Kilang Kiswah Kaabah yang eksklusif dan berkualiti.

Bahagian utama Kiswa dihasilkan dengan ‘teliti & rapi’

  • Sitaar yang bersaiz 6.5 meter tinggi dan 3.5 meter lebar diperbuat daripada kain sutera hitam dengan lapisan sutera hijau yang tebal.
  • Bagi tirai dalaman kaabah berwarna hijau disulamkan ayat-ayat dari Al-Quran di atasnya bagi menonjolkan rekabentuk serta semua diliputi dengan perak dan emas. Bahagian ini diperbuat melalui tenunan tangan, oleh itu ia memerlukan ketepatan dan kemahiran serta kesenian asli. Pembuatannya terdiri daripada beberapa fasa bermula dengan pencelupan sutera hijau.
  • Bahagian ketiga iaitu hizam kaabah pula, adalah satu karya seni yang indah. Diletakkan dua pertiga di antara tanah dengan puncak Kaabah, Hizam memahkotakan Kaabah dengan keindahan emas dan cahaya. Hizam adalah tali yang ditenun dengan ayat-ayat Quran dan reka bentuk Islam dengan pendawaian perak tebal disaluti dengan emas, bersaiz 47 meter panjang dan 95 sentimeter lebar.

Kos Kiswa bernilai jutaan ringgit!

Proses Menutup Kaabah 2

Malah Kiswah ini bukan 10 ke 20 tahun baru ditukar sebaliknya 2x setahun, iaitu biasanya pada Syaaban dan hari Arafah.

Ni admin nak share sikit kos pembuatan Kiswa pada 2018, korang tau tak berapa? 25 Juta Riyal atau bersamaan RM27.25 juta.

Jdhg834Km6

Manakala Kain Kiswah lama akan dipotong dan diedarkan kepada individu tertentu, tetamu diplomatik asing yang datang ke Arab Saudi atau pelbagai pertubuhan di seluruh dunia. Ada yang turut dijual sebagai cenderahati.

Wallahualam, admin just berkongsi je info ini, admin pun belum ada kesempatan nak kesana lagi 🙂

Baca : Mungkin kalau pakai kalis api neraka Netizen Tak Faham Kenapa Peniaga Kosmetik Promote Depan Kaabah

Taaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.