in

“Buka pintu rezeki? What?” – Doktor Veterinar Kecam Penjualan ‘Merpati Pelangi’

Ft Jual Merpati Pelangi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu berita menjadi tumpuan dan membuatkan seorang doktor haiwan yang dikenali sebagai Dr. Ima ini kurang senang adalah mengenai penjualan burung ‘merpati pelangi’ di Kelantan

 

“This is NOT funny at all. Merpati pelangi? Membuka ‘pintu rezeki’?What?”

Dalam perkongsiannya menerusi Twitter, Dr. Ima kongsikan satu liputan berita mengenai peniaga burung tersebut, dilihat burung itu telah diwarnakan dengan cat penyembur.


Dakwanya lagi, tujuan individu membuat ‘keunikan’ itu adalah ‘sumber mencari rezeki’ memandangkan perniagaannya merosot sejak musim tengkujuh tahun lalu.

Malah, dikatakan ia menjadi pembuka ‘pintu rezeki buat individu yang menjualnya. Sebagai doktor veterinar, Dr. Irma mengecam tindakan tersebut dan pembeli yang membelinya..

Apa yang membuatkan Dr. Ima terpanggil lagi, beliau mendapat info bahawa cat yang digunakan untuk warnakan burung-burung merpati tersebut adalah cat semburan yang digunakan untuk warnakan sangkar dan basikal.

Jelas Dr. Ima lagi, sebarang jenis bauan yang kuat seperti cat yang didakwa untuk burung ini sangat bahaya untnuk haiwan tersebut.

Bagaimanapun, Dr. Ima menjelaskan bahawa niatnya bukanlah mahu ‘menghukum’ pakcik tersebut, namun beliau mahukan perkara ini dijadikan sebagai satu pengajaran untuk kita semua, bahkan ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu ‘keunikan’ pun.

Difahamkan, sumber berita asal telah memadamkan perkongsian tersebut, namun perkongsian daripada Dr. Ima  atau Salehatul Khuzainah Mohamad Ali yang telah meraih lebih daripada 8,000 jumlah perkongsian ini turut mendapat perhatian netizen, mereka mengecam dan kurang senang dengan tindakan yang dilabel sebagai menganiaya haiwan ini.

 

Baca : Persatuan Haiwan Malaysia Cari Lelaki Kejar Anjing Dengan Kereta Untuk Video TikTok

Cover New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.